Susulan Kes Bunuh 3 Beradik, Polis Tahan Remaja 16 Tahun untuk Bantu Siasatan
Pelajar Ditahan Berhubung Kes Bunuh Tiga Beradik
[Bernama] ALOR SETAR: Polis menahan seorang pelajar berumur 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata pelajar itu yang merupakan kenalan seorang mangsa Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditahan di rumah ibu bapanya di Perlis pukul 11.30 malam Ahad.
Beliau memberitahu pemberita di pejabatnya di sini Isnin bahawa pelajar itu kini ditahan reman selama empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan kes.
Mayat Nor Syafikah Nadia ditemui di tepi sawah di Alor Senibong, Langgar pada pukul 3.45 petang Sabtu manakala mayat dua adiknya Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, ditemui di terusan Mada Kampung Padang Tani pada pukul 4 petang Ahad kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayatnya ditemui.
Tiga beradik itu dilapor menaiki motosikal ke rumah rumah rakan Nor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari rumah mereka kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat.
Mereka kemudiannya tidak pulang sehinggalah mayat mereka ditemui.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Adzaman berkata bedah siasat ke atas mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas di samping terdapat kesan calar pada badan mereka.
Kematian ketiga-tiganya didapati berlaku dalam tempoh hampir sama, katanya.
Beliau berkata contoh darah ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Kimia di Pulau Pinang.
Adzaman menegaskan mangsa tidak dirogol dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi itu.
Beliau berkata polis masih menyiasat hubungan pelajar itu dengan mangsa dan telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa. - 2/12/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.