Majalah Tempo Tumpu Gaya Hidup Mewah Najib
Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Indonesia bakal disambut dengan laporan sebuah majalah paling berpengaruh di republik itu berhubung gaya hidup mewah beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rencana bertajuk “Hidup mewah sang perdana menteri” itu ditampilkan dalam laporan khas majalah Tempo sempena ulangtahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, Khamis.
Tempo antara lainnya memetik laporan The New York Times, yang menyebut mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas.
Majalah tersebut turut menggariskan mengenai kegemaran Najib dan Rosmah pada jam tangan mewah, seperti ditunjukkan oleh NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch.
Tempo malah menyebut bahawa Rosmah memiliki sekurang-kurangnya empat jam tangan mewah, sedangkan gaji suaminya hanya sekitar RM350,000 setahun.
“Gaya hidup Najib dan keluarganya itu memancing kemarahan masyarakat Malaysia,” laporan itu dipetik.
Selain itu, laporan tersebut juga membangkitkan mengenai bayaran RM1,200 untuk dandanan rambut Rosmah.
Tidak ketinggalan, isu harta yang diraih anak tiri Najib, Riza Aziz, yang membeli apartmen mewah di New York dan rumah mewah di Beverly Hills. -Malaysia Kini/21/4/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.