Tun Mahathir TIDAK Faham GST- Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak faham dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.
Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.
"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.
Dr Mahathir hari ini mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya.
Beliau sebaliknya menyarankan kerajaan seharusnya hanya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan.
"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir menyatakan pendirian sedemikian, sebelum ini beliau memberi gambaran Barisan Nasional (BN) bakal hilang undi jika GST terus dilaksanakan mengambilkira beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Pelaksanaan GST menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat bawahan kerana terpaksa berdepan dengan satu sistem cukai yang lebih menyeluruh dan menyaksikan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
Bagaimanapun, Ahmad seringkali mempertahankan GST dengan mengatakan harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih murah.
Malah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini juga mencetuskan kontroversi apabila mengecam Ahmad dalam sebuah forum yang diadakan di Shah Alam.
Selain itu, Ahmad juga menjadi bahan ejekan di dalam media sosial ekoran kenyataannya yang hanya menambah kemarahan orang ramai. – The Malaysian Insider/25 April, 2015.
P/s: Wow!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.