Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 23 April 2015

Tuan Ibrahim Seru Ahli PAS Undi PKR, ‘Elak Mudarat’ BN



Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man lewat petang ini menggesa ahli PAS di Permatang Pauh agar terus mengundi PKR walaupun parti itu mempunyai "pendekatan berbeza" dalam pelaksanaan hudud.

Katanya, rakyat akan berdepan bahaya yang lebih besar jika ahli PAS tidak mengundi PKR dan membuka ruang kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menguasai kerusi Parlimen itu.

"Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

"Maka sebagai ahli Majlis Syura, saya menyeru semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR.

"(Ini) kerana keputusan memberi kerjasama dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak," katanya dalam satu kenyataan.

PRK Permatang Pauh, diadakan susulan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun, ditetapkan pada 7 Mei dengan penamaan calon pada 25 April.

Tuan Ibrahim turut menegaskan, pimpinan parti harus berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bakal mengeruhkan lagi hubungan dengan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi sama ada melibatkan hubungan dengan PR atau melibatkan hukum.

"PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti.

"Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini," katanya.

Bekas ketua penerangan PAS itu berkata, isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama kerana ia mempunyai implikasi besar.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, PAS berpuas hati dengan penjelasan PKR yang pada asasnya tidak menolak pelaksanaan hudud secara keseluruhan.

"Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya.

"Maka, perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang," katanya.

Kenyataan beliau itu dibuat ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terdahulu hari ini menyatakan, beliau menghormati akar umbi PAS Kawasan Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR kelak.

Mengambil nada yang sedikit berbeza dengan ketuanya, kenyataan Tuan Ibrahim ini dilihat cuba meredakan pergeseran di peringkat bawahan PR menjelang PRK itu nanti.

Namun, Tuan Ibrahim senada dengan Hadi yang menegaskan PAS tetap kekal dalam PR walaupun wujud perbezaan pendapat berhubung isu hudud.

"Isu hubungan dan kerjasama dalam PR, sekali lagi ditegaskan, kita masih bersama dengan PR, dan ini ditegaskan oleh presiden berulang kali.

"Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita diwujudkan sehingga kini.

"Pendirian parti mesti didokongi ahli sehinggalah ada keputusan baharu," katanya. – The Malaysian Insider/22 April, 2015.

  1. Macam inilah gandingan yg kita nanti2kan.. yg seorg tidak tunduk kpd dap dan pkr... yg sorang lagi memandu rakyat agar jgn engkar dgn ketua dan dlm masa yg sama kemudi hubungan dgn rakan2 PR yg lain.. tabek Tuan TGHH dan TITM..

    gravatar Comment by IrWrWs @ Jumaat, April 24, 2015 7:15:00 PG      
  2. Macam inilah gandingan yg kita nanti2kan.. yg seorg tidak tunduk kpd dap dan pkr... yg sorang lagi memandu rakyat agar jgn engkar dgn ketua dan dlm masa yg sama kemudi hubungan dgn rakan2 PR yg lain.. tabek Tuan TGHH dan TITM..

    gravatar Comment by IrWrWs @ Jumaat, April 24, 2015 7:16:00 PTG      
  3. Kalau kita sendiri yang tidak nampak jangan pula kata orang lain yg buta...fikir-fikirkan lah

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, April 25, 2015 1:38:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH