Tun M: BR1M Satu Kesilapan Besar Kerajaan
CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.
Bercakap dalam sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu, katanya pemberian wang tersebut adalah salah.
"Kerajaan merasakan jika kamu beri wang kepada rakyat, mereka akan sokong kamu... ini salah.
"Pemberian BR1M adalah salah dan ia merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir pada forum Global Leadership Series hari ini.
Katanya jika kerajaan mula memberi wang kepada rakyat, mereka akan jadi terlalu berharap kepada kerajaan dan menjadi materialistik.
Tambah Dr Mahathir lagi, tindakan ini jugak akan memberi kesan buruk kepada masa depan kerajaan yang memerintah. - Haider Yutim/Astro Awani/4/4/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.