Pulau Berbahaya, Pengunjung Akan Dibunuh
SEBUAH pulau di Lautan Hindi dilapor mempunyai 'syurga pantai' yang pasti akan memikat sesiapa sahaja selepas melihat keindahannya.
Namun, pulau yang didiami suku kaum orang asli sejak 60,000 tahun lalu itu amat berbahaya untuk orang asing.
Hal ini kerana, sesiapa sahaja yang mendekati pulau tersebut akan dibunuh serta merta, sama ada dipanah atau dibaling batu.
Pada 2006, dua lelaki yang memancing berdekatan Pulau Utara Sentinel dibunuh penghuninya.
Selain itu, tinjauan udara yang dilakukan pihak berkuasa menggunakan helikopter juga dipanah dan dibaling batu oleh orang asli terbabit.
Berikutan itu, pihak berkuasa India kini mengawal pulau tersebut dan membuat larangan pihak luar mendekatinya sebagai langkah keselamatan.
Difahamkan, sebelum ini terdapat bot nelayan cuba menangkap ikan berhampiran pulau tersebut, bagaimanapun mereka telah ditahan pihak berkuasa. -Mstar/23/4/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.