Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 26 April 2015

Nafsu Gila Warga Emas




Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang gila seks sanggup menjadikan 11 kanak-kanak dan remaja lelaki sebagai alat untuk memuaskan nafsu gilanya itu.

Bagi memancing mangsa, lelaki terbabit akan memberikan upah antara RM5 hingga RM50 setiap kali selepas mangsa diarah melakukan seks oral atau mengikuti kelas tuisyen seks dianjurkannya di kediamannya di Setapak di sini sejak dua tahun lalu.

Lelaki berkenaan dikatakan turut mengajar mangsa kaedah untuk melakukan seks oral, menonton video lucah bersamanya sebelum merakam gambar bogel mangsa sebagai koleksi peribadinya.

Kegiatan ‘gila’ lelaki itu terbongkar selepas dia ditahan polis pada 12 April lalu di sebuah kondominium di Setapak Jaya di sini,

Kejayaan tangkapan itu hasil siasatan polis melalui Ops Kasturi bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang menjadi mangsanya dalam kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki yang kebetulan berada di rumah suspek ketika serbuan dilakukan.

“Kami merampas telefon bimbit suspek, video cakera padat lucah dan album gambar mengandungi gambar bogel kanak-kanak lelaki yang pernah menjadi mangsa suspek,” katanya.

Menurutnya, susulan penahanan suspek, polis berjaya mengesan sembilan mangsa lain yang dipercayai diajar untuk melakukan seks oral oleh suspek sama.

Katanya, semakan pada telefon bimbit lelaki itu mendapati suspek akan membayar wang kepada mangsa setiap kali mereka mengunjungi rumahnya.

“Kebiasaannya suspek mencari mangsa di kawasan pasar malam dan taman permainan sebelum menjemput mereka ke rumahnya yang dilengkapi dengan kolam renang itu.

“Suspek pada mulanya akan menayangkan video lucah kepada mangsa sebelum mengajar mereka melakukan seks oral dan akhirnya merakam gambar bogel bersama mangsa untuk simpanannya,” katanya.

Sementara itu, lelaki berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 11 pertuduhan merangsang melakukan kelucahan melampau terhadap 11 kanak-kanak, sejak dua tahun lalu.

Noor Din Chaw Fooi, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Kantonis di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Noor Din yang memakai baju kemeja jean biru kelihatan bersahaja ketika mendengar pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan pertama hingga sebelas, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak yang berusia antara lapan tahun dan 14 tahun di sebuah rumah di Setapak Indah Jaya, Wangsa Maju, dekat sini, antara 2013 hingga Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki barang-barang lucah termasuk 32 VCD, album dan tiga telefon bimbit yang kedua-duanya mengandungi gambar bogel mangsa di alamat yang sama, pada jam 11.31 malam, 12 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh atas alasan kesalahan itu serius serta kebarangkalian tertuduh mengganggu mangsa kerana mengenali mereka.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan bekas pekerja kilang itu diikat jamin dan menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan lantik peguam serta untuk fakta dan hukuman. -Kalidevi Mogan Kumarappa dan Nor Azura Abdul Jalil/Harian Metro/25/4/15

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH