[Video] Dr. Morsi Dijatuhi Hukuman Penjara 20 Tahun
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi dijatuhi hukuman 20 tahun penjara oleh mahkamah jenayah negara itu.
Morsi didakwa atas pembabitannya dalam pembunuhan sekumpulan penunjuk perasaan pada 2012.
Hukuman sama turut dijatuhkan kepada 12 pemimpin Ikhwanul Muslimin serta beberapa penyokongnya.
Hukuman terhadap Morsi dan rakannya berlangsung dalam pagar kaca yang kalis peluru di Akademi Polis Mesir.
Morsi didapati bersalah melakukan penahanan secara paksaan terhadap penunjuk perasaan ketika era pemerintahannya.
Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi itu bagaimanapun dibebaskan daripada tuduhan membunuh.
Dalam pertempuran antara penyokong Morsi dan penyokong pembangkang di hadapan istana Presiden pada Disember 2012, sekurang-kurangnya 10 orang maut. - Astro Awani/22/4/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.