[Video] Germanwings: Rakaman Suasana Panik di dalam Kabin Sebelum Nahas Tersebar
PARIS: Sebuah video yang kini tersebar didakwa memaparkan detik akhir di dalam kabin pesawat Germanswings yang terhempas minggu lalu.
Rakaman video itu juga dikatakan memaparkan suasana panik di mana ada penumpang menjerit "Ya Tuhan."
Majalah Perancis,Paris Matchdan juga akhbar harian Jerman,Bildmendakwa ketulenan video yang dirakam menerusi telefon bimbit itu "tidak perlu dipersoalkan" kerana ia diperoleh dari lokasi nahas.
Rakaman yang berdurasi beberapa saat itu menunjukkan penumpang seolah tahu apa yang bakal berlaku kepada mereka sebelum pesawat malang itu terhempas.
"Suasana begitu huru-hara sehingga sukar untuk mengenal pasti penumpang, namun jeritan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka tahu apa yang akan terjadi kepada diri mereka," kataParis Match.
Tambahnya, bunyi ketukan logam juga kedengaran lebih daripada tiga kali - kemungkinan cubaan daripada kapten pesawat untuk membuka pintu kokpit dengan objek berat.
Penyiasat yang meneliti data daripada perakam suara kokpit (CVR) mendakwa pembantu juruterbang Andreas Lubitz telah mengunci kapten pesawat di luar kokpit dan dengan sengaja menyebabkan ia terhempas.
Dalam kejadian pada 24 Mac itu, pesawat Germanwings tersebut telah merempuh banjaran pergunungan Alps di Perancis pada kelajuan 700 kilometer sejam, membunuh kesemua 150 penumpang dan kru. -Agensi/Astro Awani/1/4/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.