Aksi Ibu Hampir Memijak Kepala Bayi Dirakam
KUALA LUMPUR: Video rakaman seorang ibu berang yang berpura-pura memijak kepala bayinya yang berusia 18 bulan menjadi perbualan orang ramai.
Difahamkan perbuatan itu dirakam suami wanita berkenaan dan kini polis Rusia sedang menyiasat rakaman tersebut.
Memetik laporan Metro.UK, pertelingkahan di antara Vyacheslav Samoilov, 32, dengan isterinya Victoria, 30, dikatakan bermula apabila Vyacheslav terlihat mesej daripada lelaki lain di telefon pintar isterinya.
Semasa kejadian, mereka sedang mengambil angin di sebuah taman di bandar Noginsk di Barat Rusia Moscow Wilayah sebelum pertelingkahan tercetus.
Menurut saksi, Ludmila Ignatyeva, 43, dia melihat pasangan muda itu bertengkar sebelum wanita berkenaan bertindak membaringkan anaknya dan seolah mahu memijak kepala bayi tersebut.
Tindakan wanita yang ingin mengugut suaminya itu berjaya dirakam oleh Vyacheslav.
Difahamkan, pasangan tersebut kemudian melarikan diri ke arah yang berlainan dan membiarkan bayi tersebut sendirian.
"Pada mulanya, si suami melarikan diri dan diikuti oleh isteri. Bayi mereka pula dibiarkan sahaja di atas tanah," kata Ludmila.
Pihak polis dan pihak perkhidmatan masyarakat sedang menyiasat rakaman tersebut selepas ia dimuat naik ke internet.
Bayi malang itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan laporan mendapati tiada kecederaan padanya. - Astro Awani/21/4/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.