Organ Dalaman 'Lebur' Kerana Pil Diet
ORGAN dalaman seorang wanita berusia 21, Eloise Aimee Parry ‘melebur’ kesan daripada ubatan bertoksik tinggi yang dikenali sebagai Dinitrophenol atau DNP.
Memetik laporan Metro.UK, Eloise yang mula berasa kurang bermaya pada 12 April selepas mengambil lapan tablet itu telah memandu sendirian ke Hospital Royal Shrewsbury untuk berjumpa doktor.
Menurut pihak perubatan, organ dalaman Eloise rosak akibat pengambilan pil diet berlebihan.
Difahamkan, lapan tablet yang diambil oleh gadis itu telah melebihi batas dos berbahaya.
Selepas doktor menjalankan pemeriksaan untuk mengesan tahap toksin dalam badan gadis itu, Eloise diberitahu bahawa tiada penawar untuk sakitnya dan keadaanya semakin tenat.
Walaupun pihak doktor cuba sedaya upaya untuk mengubatinya, Eloise yang lebih dikenali sebagai Ella meninggal dunia tiga jam kemudian.
Tidak mahu perkara itu berulang, ibu gadis tersebut, Fiona hari ini mengeluarkan surat amaran berkenaan pembelian pil diet di internet.
Dalam surat tersebut, Fiona melahirkan rasa sedih atas pemergian anaknya dan menceritakan apa yang berlaku sebelum Eloise menghembuskan nafas terakhirnya.
Menurutnya, keadaan pada pagi itu seperti biasa sehingga Eloise merungut tidak sedap badan sebelum bertolak ke hospital.
Kecewa dengan perbuatan anaknya, Fiona menyatakan orang ramai harus berhenti mengambil pil diet kerana pil-pil sebegini boleh membawa maut.
Sementara itu, berita ini turut mengundang pelbagai reaksi pengamal media sosial. Kebanyakan mereka meluahkan rasa simpati terhadap pelajar tersebut dan tersentuh dengan surat yang ditulis oleh ibu mangsa. -Kohilah Sekaran/Astro Awani/21/4/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.