AKSI PAK HAJI UMNO MENCARUT & MENGUGUT
Sila teliti dan baca transkrip kata-kata yang diucapkan oleh Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 semasa majlis dialog pemindahan kuil Hindu yang berusia 150 tahun di Sekyen 19 , Haji Azmir Md Zain:
“Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!” - Sumber teks dan foto: zainulfaqar.wordpress.com
(Seorang yang bergelar haji mencarut dan mengugut mahu membunuh YB Khalid Samad. Tinggi songkoknya itu tidak mencerminkan tinggi imannya di dada. Dia jugalah yang mengarak kepala lembu tempoh hari. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa niatnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah, tetapi mahu menimbulkan masalah.)
Seterusnya, perhatikan pula gelagat beberapa orang manusia tidak bertamadun yang menjadi tukang provokasi dan pembuat kecoh di majlis diolog yang sepatutnya membincangkan perihal pemindahan kuil hindu di Seksyen 19.
Jika dilihat pada video yang disalin dan tampal di bawah ini jelas menunjukkan bahawa geng ini mula membuat kecoh seawal mereka melangkah masuk ke dalam dewan. Siapakah mereka? Yang pasti sebahagiannya ialah dalang perarakan kepala lembu. Apa motif mereka? Adakah mereka sememangnya mahu mencetuskan rusuhan di Selangor seperti juga aksi memijak kepala lembu yang turut sama disertai oleh tuan haji di atas? Adakah mereka mahu orang India melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan kemarahan orang Melayu di Malaysia? Malang, persoalan ini sengaja dipinggirkan oleh KDN dan PDRM sehingga mencetuskan andaian, adakah semua perkara ini telah dirancang oleh pihak tertentu?
Aksi Geng Pijak Kepala Lembu:
Dalam video "Dalang Kepala Lembu Didedah" yang saya salin dan tampal di bawah ini, YB Khalid Samad mendedahkan bahawa jumlah kuil Hindu di kawasan Parlimen Shah Alam ialah 14 buah (6 berdaftar, 8 dalam proses pendaftaran), manakala bagi orang Islam, sudah ada 70 buah masjid dan surau. Adakah jumlah itu tidak munasabah?
Secara peribadi, saya pun berasa kurang senang jika jumlah rumah ibadat itu terlalu banyak, namun jika jumlah itu memadai untuk penduduk minoriti, maka kita wajar bersikap toleransi kerana Islam itu adil. Perlukah saya menulis panjang menerangkan perihal ini kepada orang yang sengaja mahu menjahilkan dirinya?
Yang pasti prinsip keadilan dan tolak ansur dalam Islam serta budaya orang Melayu yang kita bangga-banggakan selama ini dicemari oleh gelagat beberapa orang manusia berotak udang ini demi kelangsungan hidup sesebuah parti yang hari untuk ditalkinkan. Yang berikut ialah respons YB Khalid Samad dan MB Selangor tentang isu ini yang dipetik daripada laporan yang disiarkan dalam Harakah daily tentang majlis tersebut:
YB Khalid Samad:
"Sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."
"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.
MB Selangor:
Pendedahan Dalang Arak Kepala Lembu:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.