Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 16 September 2009

TABIK "SPRING" UNTUK BELIAU!


SAYA DENGAN RASA KAGUM + TERHARU + BANGGA + TERUJA MENGANGKAT TANGAN DAN MEMBERIKAN TABIK "SPRING" KEPADA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Md Yunos KERANA PENDIRIANNYA DALAM MENEGAKKAN HUKUMAN SYARIAH DI NEGARA INI.

[MSTAR] 16 Sept - Walaupun keputusan mengenakan hukuman sebat ke atas umat Islam yang meminum arak dikritik oleh sesetengah pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Md Yunos tidak akan berpatah semula daripada keputusannya itu.

"Saya menjalankan tugas sebagai pegawai mahkamah dan kepada masyarakat," katanya ketika dihubungi The Star semalam.

Ketika diminta mengulas berhubung kontroversi keputusannya itu, termasuk hukuman rotan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, Abdul Rahman berkata, beliau tidak dapat memberikan sebarang pandangan kerana ia bukan satu tindakan yang beretika.

Ditanya sama ada beliau mendapat kesan daripada publisiti meluas yang diterima berhubung keputusannya itu, Abdul Rahman berkata, beliau tidak membaca komen-komen tersebut.

Abdul Rahman, 53, menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sejak 1996 apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pahang dan Jabatan Perundangan Syariah Pahang dipisahkan pada hujung 1995. Sebelum itu, beliau adalah Ketua Kadi.

Abdul Rahman dari Kampung Kuala Bera, Bera, Pahang telah berkahwin dan mempunyai lima anak. Beliau adalah lulusan Universiti al-Azhar dan mendapat ijazah Undang-undang Syariah Islam pada 1982 dan Diploma Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1989.

Beliau telah membuat keputusan terhadap enam orang Islam yang meminum arak dari 2004 hingga tahun ini.

Kes pertama melibatkan adik-beradik, Mohamed Nizam Ibrahim dan Mohamed Nasha yang dijatuhkan hukuman enam sebatan rotan dan denda RM5,000 setiap seorang pada 14 Jun 2005 selepas meminum arak di sebuah restoran di Jalan Bukit Ubi di sini pada 19 Ogos 2004. Bagaimanapun, kedua-duanya telah mengemukakan rayuan dan kes itu masih tertangguh.

Kes seterusnya melibatkan tiga orang termasuk Kartika, 32. Dia dijatuhkan hukuman enam sebatan rotan dan denda RM5,000 kerana meminum arak di sebuah kelab malam di Cherating pada 11 Julai tahun lalu.

Mahkamah memutuskan hukuman itu selepas Kartika mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut pada 20 Julai lalu.

Sementara itu, dua lagi adalah pelayan kelab malam yang bersama Kartika dan seorang lelaki yang ditahan semasa serbuan di kelab malam berkenaan.
Pelayan wanita dan lelaki itu didenda RM5,000 dan enam sebatan rotan selepas mereka mengaku bersalah. Mereka bagaimanapaun telah mengemukakan rayuan dan kes tersebut masih tertangguh.

Keputusan Abdul Rahman untuk melaksanakan hukuman sebat terhadap Kartika diperkatakan dengan meluas oleh rakyat tempatan dan antarabangsa. Pada 24 Ogos lalu, hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Kes terbaru berlaku pada Isnin lalu apabila Abdul Rahman mengarahkan seorang pekerja Indonesia menjalani hukuman setahun penjara dan akan disebat sebanyak enam kali kerana meminum arak di Jalan Pasar pada pukul 10 pagi, 27 Ogos lalu.

Nazarudin Kamaruddin, 46, yang berstatus pemastautin tetap menjadi orang pertama di negeri itu yang dipenjarakan kerana meminum arak di khalayak ramai.

  1. Salam Tayadih,
    Jemput ke blog akak sudilah menerima kad raya dari akak n fmly

    gravatar Comment by anakmuaallaf @ Khamis, September 17, 2009 1:41:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH