MALAYSIA DISERANG!
Malaysia diserang. Itulah realitinya. Siapakah yang menyerang Malaysia? Mengapakah media Malaysia tidak "menonjolkan" berita ini? Mengapakah kita diserang? Jawapannya: Memang benar Malaysia "diserang", tetapi bukanlah dibom seperti gambar hiasan di sebelah kiri kiriman ini.
Hakikatnya, Malaysia "diserang" oleh rakyat Indonesia kerana "marah" akan Malaysia yang dikatakan memplagiat daripada budaya sehinggalah karya seni milik negara mereka. Malaysia juga dikatakan tidak menghormati rakyat dan hak negara tersebut termasuklah dalam isu perairan Ambalat dan penderaan pembantu rumah warganegara Indonesia.
Khabarnya kemarahan terhadap Malaysia ini telah menyebabkan kedutaan negara di Jakarta "diserang" oleh segerombolan mahasiswa dengan telur busuk sambil menuntut agar Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Khabarnya Jalur Gemilang turut dibakar oleh penunjuk perasaan. Sebelum peristiwa serangan telur busuk itu, diberitakan juga bahawa 120 laman sesawang milik Malaysia "diserang" oleh penggodam. Kedua-dua "serangan" itu ada dilaporkan oleh media Indonesia seperti yang berikut:
Blog GoMalaysia pula ada menyiarkan beberapa "screenshot" yang memaparkan mesej yang ingin disampaikan oleh penggodam-penggodam tersebut. Antara mesej tersebut termasuklah:[THE JAKARTA GLOBE] After a mass hacking attack on more than 120 Malaysian Web sites, dozens of students ambushed the Malaysian Embassy in Jakarta on Tuesday and pelted it with rotten eggs and attempted to raise an Indonesian flag.
The rally outside the embassy at Jalan Rasuna Said in South Jakarta was heavily guarded by police, but no demonstrators were stopped or arrested.
However, police intervened when a student tried to climb the embassy gate to erect an Indonesian flag. The police and the student were involved in a tug-of-war trying to get hold of the flag, but police finally relented and the student flew the flag from the embassy gate.
A demonstrator told Metro TV that the rally was a symbolic act to demand that the Indonesian government break diplomatic ties with Malaysia and evict the Malaysian ambassador...
Selepas amukan mahasiswa dan penggodam Indonesia, sasterawan negara tersebut pula "menyerang" Malaysia. Tema "serangan" ialah "Malam Puisi Tolak Malaysia". Mesej yang ingin disampaikan oleh mereka sama sahaja seperti yang cuba disampaikan oleh mahasiswa dan penggodam tadi. Cerita lanjut tentang hal ini ada dilaporkan dalam:
[KOMPAS] 1 Sept - Puluhan penyair, musisi dan seniman Semarang, Selasa malam pukul 20.15 ini akan menggelar “Malam Puisi Tolak Malaysia” di halaman Taman Budaya Raden Saleh Semarang. Mereka akan membacakan puisi, berorasi budaya dan menyanyikan lagu-lagu cinta tanah air, dan menolak berbagai sikap tidak simpati Malaysia terhadap Indonesia.
“Penyair-penyair penting seperti Timur Sinar Suprabana, Handry TM, Triyanto Trwikromo, Beno Siang Pamungkas, Soekamto Gullit, Kurniawan Yulianto dan banyak lagi akan tampil,” kata Marco Marnadi, Ketua Dewan Kesenian Semarang kepada Wawasan.
Sikap pelanggaran etika kepemilikan berbagai produk budaya dan pelanggaran territorial seperti sengketa Sipadan dan Ligitan serta Ambalat, menjadikan harga diri bangsa dlecehkan. “Kalau perlu kita putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, karena sikap mereka sudah bukan seperti saudara. Kami bukan saudara Malaysia,” kata Marco Marnadi lagi, sebagai bukti sikap Dewan Kesenian terhadap keadaan yang selama ini terjadi.
Terbuka
Acara “Malam Puisi Tolak Malaysia” terbuka untuk siapa saja. Artinya, siapa pun yang memiliki karya bisa ditampilkan di acara ini. “Kalau bisa, setelah ini kita ke DPRD, kemukakan aspirasi ketidaksetujuan kita terhadap Malaysia melalui lembaga negara yang resmi,” kata Marco Marnadi lagi. Acara tidak dipungut biaya, dan akan berlangsung setelah Salat Tarawih.
ini kena tanya rosmoh dulu kata pok jib 1malaysia. hampeh..........
Comment by matstimketum @ Khamis, September 03, 2009 8:41:00 PGyang ni pun tuan risau......biaq pi la depa bakaq bendera.....nak buat apa pun.....nak buat macam mana dalam diri tak ada iman....awat tak demo pun negara depa berapa banyak yang murtad buat agama jadi suka hati sebab tu bala dari Allah selalu jadi kat Indonesia....semua manusia risau pasai dunia sebab apa......duit, pangkat, nak famous,......kalau org risau pasai akhirat depa tak buat aiiiii benda macam ni yang menyusahkan org......kat malaysia pun sama......ada masalah demontrasi.......macam lah demontrasi boleh menyelesaikan masalah......kalau boleh menyelesaikan masalah....mesti Allah dah firman dalm al-quran suruh buat demontrasi.....balik la pada pangkal jalan....segala masalah adu pada Allah dan selesaikan ikut cara Nabi SAW.....hari ni sibuk dengan blogger....sampai nak tgk al-quran pun tak ada masa......belum suruh baca dan fahamkan makna.......nak buat macam mana bila hati dan penuh dengan dendam....marah....kalau ada kasih sayang....hormat menghormati...memuliakan org alim.....tak jadi lah org melayu === mudah lupa + suka benda sensasi + buat fitnah + cerita keaiban org + dengki + macam anjing dengan kucing + skim cepat kaya + mat rempit + bohsia + lebihkan fatwa dari taqwa + suka demontrasi menyusahkan org + demotrasi kat kaw org melayu/kaw beli belah/tempat awam/ jalan jam + pandai terima rasuah . Tgk orang cina dan india walaupun tak islam ==== bersatu + tak tonjolkan keaiban kaum sendiri + tolong menolong + kuat dakwah sampai org melayu murtad dan leka + demontrasi pun atas jemputan org melayu + pandai bagi rasuah......pikiaq la .....
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, September 03, 2009 10:10:00 PGmaaf la kalau ape saya ckp ni lain ke ape. saya ni form5 skrg dan kitorg dah belajar sejarah pasal pembentukan malaysia 2 sume. nmpk sgt dr dulu indonesia x suke malaysia wujud. pastu malaysia ni je nk baik2 dgn indonesia. ok la 2. x kesah la. tp yg pelik nye kenapa indonesia sume buta sejarah??? saya ni keturunan jawa. kawan saya ade yang keturunan banjar. ade yang minang. so.. kalau la kitorg amal kn tradisi & adat & budaya kitorg. adakah kitorg ni menciplak budaya diorg??? yg ni pun diorg marah atas sebab nama malaysia.... tp diorg sume x tgk orang ape yg buat 2. sgt pelik!
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, September 03, 2009 2:42:00 PTG