ORANG TUA INI TIDAK PERNAH LUPA....
...cercaan yang diterimanya sewaktu beberapa ahli kanan partinya dahulu cuba mempertahankan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Yang mencercanya pula bukanlah orang yang setaraf dengannya, tetapi beberapa kerat orang yang menurutnya belum pun beranak sewaktu beliau menyertai UMNO. Ada yang boleh menjadi anaknya, dan ada yang boleh menjadi cucunya. Yang membuatkan negarawan ini sakit hati apabila orang yang mencercanya itu masih menganggotai kabinet di bawah pemerintahan orang harapannya. Malah ada yang memenangi jawatan dalam pemilihan partinya baru tidak seberapa baru yang lalu. Agak-agaknya mahukah orang seperti yang dilaporkan dalam berita di bawah ini memohon maaf? Kalau dahulu pun tidak, apatah lagi sekarang...Namun dalam politik, segala-galanya di luar jangkaan, hari ini bermusuh, esok pula duduk semeja sambil menikmati sarapan. Yang pasti siapa kata Melayu Mudah Lupa?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.