Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 20 September 2009

HUKUMAN SEBAT: Stupido In Islam


Sebelum bercerita tentang hak asasi manusia, sila rujuk kiriman blog ini tentang perbandingan hukuman sebat sivil dengan sebat cara Islam. Sesudah itu, fikirlah supaya anda tidak tergolong dalam "Stupido In Islam".


[HARAKAH] 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS) menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras.

"Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat pelaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan di peringkat masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, Teras mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat pelaksanaan hukuman syariah di negara ini.

Dakwa Azmi,pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang menjadi latar belakang fikiran SIS.

"Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah.

"Teras dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. Undang-undang yang jelas diluluskan melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kekhuatiran.

"Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar , namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah hendaklahlah dipertahankan,"tegasnya.


TERDAHULU

[MSTAR] 19 Sept: Sisters in Islam (SIS) telah memfailkan permohonan agar hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, yang mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, ditangguhkan sementara ia dikaji semula.

Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pagi semalam.

"Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi wanita dalam Islam, SIS bertindak atas kepentingan orang ramai selain mahu menyelesaikan kontroversi-kontroversi yang timbul dan untuk memperjelaskan isu ini," kata Pengarah Eksekutif SIS, Dr. Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Dr. Hamidah menambah, SIS mahu pihak berkuasa menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas Kartika sehingga kesemua ruang perundangan dan ruang-ruang lain yang berkaitan dilalui.

"Memandangkan kes Kartika telah mencetuskan keprihatinan awam, di peringkat tempatan dan antarabangsa, desakan agar hukuman dijalankan ketika ruang perundangan untuk dikaji semula dan diberikan penjelasan belum lagi digunakan sepenuhnya, menunjukkan sikap tidak mengendahkan yang mendalam terhadap kepentingan awam dan antarabangsa," kata beliau lagi.

SIS mengambil tindakan itu dua hari selepas Kartika memberi notis undang-undang agar beliau tidak diganggu berhubung isu pelaksanaan hukuman sebatan.

"SIS difahamkan daripada laporan beberapa akhbar bahawa Ketua Hakim Syarie Pahang juga telah memfailkan permohonan dikaji semula hukuman ke atas Kartika.

"Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan rasmi.

"Jika benar proses ini, kami terkejut dengan kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang hari ini (semalam) tentang pendiriannya mahu melaksanakan hukuman ke atas Kartika dan akan berbuat demikian tanpa notis lebih awal," kata beliau lagi.

Dalam kenyataannya Rabu lalu, Kartika yang reda dengan hukuman yang dikenakan itu dan memohon ia dilaksanakan secepat mungkin berkata, terlalu ramai orang perseorangan, ahli politik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang menghubunginya serta berjumpa dengannya dan keluarga sejak kebelakangan ini.

Malah kata Kartika, perkembangan itu telah mengganggu kehidupannya sekeluarga selain beliau didesak melakukan pelbagai perkara yang tidak mahu dilakukan.

Kartika juga berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengganggu ketenteraman beliau dan keluarganya selepas ini.

Beliau juga telah melantik peguam sivil dan syarie dari firma guaman Tetuan Adham & Associate di Ipoh bagi menjaga kepentingan beliau dan keluarganya.

Kartika dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus pada 24 Ogos lalu bagi bagi menghormati bulan Ramadan.

  1. selamat hari raya!

    gravatar Comment by Pyanhabib @ Isnin, September 21, 2009 2:20:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH