Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 19 Ogos 2011

60 Ribu Ayam Disembelih SETIAP Hari di Johor DIRAGUI Halalnya!



Saya petik:
[Bernama] JOHOR BAHRU: Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

"Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bharu di Pontian, awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lalu.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua. 

 P/s: Sila ambil perhatian!


Kemas Kini:
Kesucian BEKALAN ayam diragui



[SH] PONTIAN – Sebuah pusat penyembelihan ayam yang beroperasi di Jalan Pontian-Johor Bahru dikesan gagal memperbaharui sijil logo halal yang digunakan sejak tiga tahun lepas.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) mendapati pengusaha masih menggunakan sijil halal yang lama, meskipun sudah diminta memperbaharuinya berulang kali setiap kali operasi dijalankan bermula pada tahun 2009.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Unit Halal Jaij, Samsuddin Paimin berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan kerana masih ada yang mengambil mudah :mengenai logo sijil halal.

“Pengusaha masih meletakkan logo halal pada bakul ayam, sedangkan tidak ada :kebenaran untuk mereka melakukannya,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pemantauan ke pusat penyembelihan ayam di daerah Pontian, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi selama 4 jam yang bermula pada pukul 12 :tengah malam itu, tiga pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam di Pekan Nenas dan Pontian diperiksa.

Samsudin berkata, tindakan meletakkan tanda halal pada bakul ayam menimbulkan kekeliruan memandangkan sijil logo halal pusat penyembelihan itu yang sudah tamat tempoh.

Selain itu katanya, cara pengendalian pemprosesan ayam selepas disembelih di premis itu juga tidak mengikut piawai yang ditetapkan oleh Jaij.

“Air yang digunakan untuk tujuan membersihkan ayam juga tidak diganti dan digunakan berulang kali yang akhirnya memberi kesan kepada tahap :kebersihan ayam yang diproses,

“Keadaan premis pusat itu juga tidak dipagar yang boleh menyebabkan tahap kebersihan diragui kerana anjing-anjing liar mudah masuk ke bahagian pemprosesan ayam,” katanya.

Beliau turut memberi ingatan kepada pengusaha agar tidak menggunakan sijil logo halal yang tamat tempoh kerana akan berdepan dengan tindakan undang-undang dan diingatkan segera memperbaharui sijil berkenaan.

“Kami kesal kerana masih terdapat pengusaha memandangkan ringan soal halal terutamanya yang melibatkan pengguna Islam,” katanya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi itu adalah Jabatan Alam Sekitar (Jas), Majlis Daerah Pontian, Pejabat Kesihatan Pontian dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi cawangan Pontian. 


  1. Ari tu minum kopi ada DNA babi, sekarang makan ayam yang diragui kehalalannya... patutlah....

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Ogos 19, 2011 9:27:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH