Bagaimana Blog UMCO Dapat Maklumat Siasatan JAIS?
Sebelum ini, video seks fitnah pelbagai macam versi disiarkan oleh blog UMCO, walhal video itu ada dalam jagaan polis. Ada versi warna, versi dari sudut tertentu, dan sebagainya. Pelik! Bagaimana video yang berada dalam jagaan polis boleh terlepas ke internet? Untuk mengelirukan, video itu dimuatnaikkan ke Youtube dan ajaibnya dalam waktu yang singkat blog UMCO menemukan video itu sebelum menyalinnya dan menyiarkan di blog masing-masing. Utusan kemudiannya menggunakan alasan penyebarannya di blog dan di Youtube untuk melondehkan maruah orang. Blog-blog pro-UMCO diberi publisiti percuma di Utusan dan TV3.
Modus operandi yang hampir sama kali ini.
Bermula dengan penyiaran video "kedatangan" JAIS di gereja Methodist, laporan yang dikatakan daripada pihak JAIS pula tersiar di blog UMCO. Sebenarnya, semalam lagi saya sudah membaca laporan ini di blog berkenaan. Namun, perhatikan, modus operandinya. Maklumat dibocorkan di blog UMCO, kemudian diulas di Utusan.
Menurut JAIS, siasatan kes ini belum selesai. Laporan yang disiarkan ini mungkin memaparkan siasatan awal kes tersebut. Bukankah lebih baik media mengulas isu ini apabila JAIS mengumumkan siasatan penuh? Bagaimana laporan JAIS boleh berada di tangan jurublog UMCO?
Selain berita di atas, Utusan turut menyiarkan berita ini di muka depannya:
Pas belum ada pendirian rasmi
Sebagai pihak yang bertanggungjawab, PAS mengambil tindakan yang betul. Pendirian rasmi sepatutnya diambil selepas siasatan dibuat secara menyeluruh. Tindakan PAS mahu berjumpa kedua-dua pihak dalam kes ini pun wajar. Pertemuan itu memberikan peluang PAS mendengar penjelasan yang mungkin dimanipulasi pihak media dan pihak tertentu. Islam itu adil!
P/s: Kita TENTANG murtad, kita juga TENTANG sikap pihak yang menggunakan agama, mempermainkan isu agama demi meraih undi pilihan raya. Jika pihak yang bertanggungjawab tentang soal agaam betul-betul prihatin akan isu murtad, siasat dan tangani isu murtad bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara yang membarah sejak sekian lama. Seperti juga isu penjualan arak, mengapa hanya serang Selangor?
P/s: Kita TENTANG murtad, kita juga TENTANG sikap pihak yang menggunakan agama, mempermainkan isu agama demi meraih undi pilihan raya. Jika pihak yang bertanggungjawab tentang soal agaam betul-betul prihatin akan isu murtad, siasat dan tangani isu murtad bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara yang membarah sejak sekian lama. Seperti juga isu penjualan arak, mengapa hanya serang Selangor?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.