Bagai Kena Histeria Blog UMCO Tuduh AZAN Tidak Boleh Berkumandang Kuat di PP, Walhal....
FATWA negeri mengarahkan pembacaan alQuran pada waktu subuh tidak menggunakan pembesar suara. Pematuhan kepada fatwa pula ini bergantung pada pertimbangan pentadbiran masjid dan surau. Kerajaan negeri seperti dinyatakan di bawah tidak terlibat dalam hal ini.
Saya petik:
Pembesar suara-al-Quran: Kerajaan negeri tak terlibat, kata Exco
[TMI] GEORGE TOWN, 12 Ogos — Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada pentadbiran masjid atau surau di negeri itu membuat pertimbangan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem pembesar suara untuk mempendengarkan bacaan al-Quran dan zikir sebelum waktu subuh atau sebaliknya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagai pentadbir institusi agama, pihak masjid dan surau bagaimanapun sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.
“Majlis Fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad pada 6 Jun lepas memutuskan perbuatan berkenaan boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid,” katanya dipetik Bernama Online.
Sebuah akhbar tempatan hari ini memetik pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan penggunaan sistem pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu sebelum subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Abdul Malik berkata kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang tidak terlibat dalam keputusan Majlis Fatwa dan meminta perkara berkenaan tidak dipolitikkan.
“Saya hanya tahu perkara ini setelah membaca laporan sebuah akhbar tempatan, selepas itu saya menghubungi Majlis Fatwa dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan.
“Mufti berada di luar negara dan akan pulang hari ini, satu sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Ditanya faktor yang mempengaruhi keputusan yang dibuat Majlis Fatwa itu, beliau berkata:”Saya berpendapat keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan pemerhatian dan situasi semasa serta pandangan umum berhubung bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara”.
P/s: Fikirlah secara rasional. Jangan mementingkan diri apabila hidup bermasyarakat.
Cuba lihat screenshot blog UMCO ini:
Jurublog ini pandai membaca atau tidak? Masa MCA membantai Islam semua menikus! |
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.