Pegawai Kerajaan KHALWAT: "Saya mengaku berkhalwat dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi."
Saya petik:
[HM] ARAU: “Saya minta maaf ustaz, saya janji tak buat lagi. Saya mengaku berkhalwat dan berjanji perkara ini tidak akan berlaku lagi,” kata seorang wanita berusia 27 tahun yang ditahan bersama pasangannya kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel, di sini, malam kelmarin.
Sebelum itu, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) terpaksa menunggu 15 minit sebelum wanita berkenaan dan pasangannya berusia 27 tahun membuka pintu untuk pemeriksaan.
Malah, wanita itu memberi alasan tidak melakukan perbuatan terkutuk di dalam bilik itu, sebaliknya hanya menemani teman lelakinya untuk menukar pakaian.
Pasangan berkenaan yang bertugas sebagai pegawai kerajaan dikatakan baru mendaftar masuk ke hotel selepas waktu berbuka, dan lelaki terbabit sanggup datang dari Pulau Pinang untuk bertemu kekasihnya sempena cuti hujung minggu.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, dalam pemeriksaan jam 11 malam itu, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik yang dihuni pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mereka mengambil masa 15 minit sebelum dibuka wanita terbabit lalu anggota penguat kuasa memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan.
“Wanita berkenaan mengaku berada dalam bilik bersama teman lelaki ketika disoal sebelum lelaki terbabit keluar dari bilik air tanpa memakai baju,” katanya.
P/s: Bulan Ramadan! Bagi mereka, tidak ada makna apa-apa!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.