Ingat Kes Pelajar Malaysia Dirogol 4 Pemuda Rusia di Britain? Mahkamah telah Menjatuhkan Hukuman...
Berita awal tentang empat lahanat ini boleh dibaca di sini.
Semalam Mahkamah Woolwich Crown menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 36 tahun kepada keempat-empat keparat ini atas kesalahan merogol pelajar Malaysia dan merakamkan aksi jijik mereka itu dengan menggunakan iPhone, lapor DM.
Lebih terperinci, ketua empat pemuda golongan berada Rusia ini, iaitu Norayr Davtyan, 22, dikenakan hukuman penjara 10 tahun, Andreev Melnikov dikenakan penjara 9 tahun, manakala Oleg Inavov dan Armen Simonyan dikenakan hukuman penjara 8 tahun.
Menurut hakim, keempat-empat lahanat ini bersorak ketika merogol mangsa seperti "pemain bola sepak meraikan jaringan gol".
Mereka juga telah menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan kolej tempat mereka menuntut di Britain. Mangsa turut menuntut di kolej yang sama. Keparat-keparat ini turut mendakwa akan menunjukkan rakaman yang memaparkan aksi jijik itu kepada rakan-rakan di Moscow.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.