|
Sekadar hiasan. Gambar ini memaparkan aksi pelajar sedang bertekak dan kemudiannya menumbuk gurunya. Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Sarawak. |
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Bukan sekadar meneguk arak dan tidak berpuasa ketika sesi persekolahan, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di ibu kota bertindak ala gengster apabila mencabar seorang guru lelaki sekolah berkenaan untuk bertarung dengannya di hadapan sekolah itu, semalam.
Difahamkan, selain melakukan pelbagai kesalahan termasuk ponteng, suspek yang belajar di tingkatan tiga sekolah itu turut memeras ugut pelajar lain untuk mendapatkan wang perlindungan. Malah, jika permintaannya ditolak, ‘gengster junior’ terbabit dikatakan akan memukul mereka.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 7.30 pagi semalam, pelajar terbabit turut dikatakan mengugut untuk mencederakan guru lelaki berusia 30 tahun sehingga parah dalam pergaduhan yang dirancangnya itu sebagai balasan terhadap perbuatan mangsa yang membongkarkan kegiatan tidak bermoralnya kepada pengetua sekolah berkenaan.
Bimbang dengan ancaman berkenaan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, semuanya bermula apabila pelajar terbabit berjumpa guru berkenaan selepas tamat perhimpunan pagi di tapak perhimpunan sekolah itu....
P/s: Buka mata dan lihat betapa teruknya moral remaja sekarang. Lahanat ini anak siapa?
Punah habih anak muda sekarang!!baik kamu tidak lahir daripada memberi dosa kepada ibubapa mu diakhirat sana...apa yang pemimpin negara bleh buat??habis rosak dah ni akhlak budak2 sekarang...
Comment by pokku(putrajaya) @ Selasa, Ogos 23, 2011 4:33:00 PTG