Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Rabu, 31 Ogos 2011

Siapa Mat Indera? Apa Implikasi Pendedahan Kisahnya dan Serangan UMCO & Utusex terhadap Mat Sabu?



UMCO ternyata silap besar kerana memperbesarkan isu Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong yang diselitkan dalam ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, namun dilaporkan oleh Utusex pada 27 Ogos lalu. Jika tarikh ceramah pun sudah salah, apatah lagi laporan yang ditulis oleh akhbar itu. Mat Sabu dilabel seolah-olah menyokong komunis dan tidak menghormati polis-polis British yang terkorban semasa peristiwa itu.

Saya tidak mahu menulis panjang, maklumlah hari ini baru hari raya kedua.

Siapa Mat Indera yang menyerang rumah pasung British? Kisahnya ada disiarkan di Berita Harian. Jangan terkejut, walaupun dilabelkan sebagai pengganas oleh British kerana menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong, orang yang mengenalinya menganggap beliau sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Tidak jelas? Baca di sini.

Dalam berita di atas, Mat Indera Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera dikatakan berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang mengangkat senjata menentang British. Mat Indera ditangkap selepas British mengugut beberapa penduduk kampung yang rapat dengannya.

Apa implikasi isu ini kepada UMCO dan masyarakat? Sebelum melihatnya dengan mendalam. Cuba lihat fakta Peristiwa Bukit Kepong. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1950 dan JELAS bahawa semasa kejadian negara kita masih BELUM MERDEKA. Tanah Melayu pada waktu itu dijajah oleh BRITISH. Seperti yang dibangkitkan oleh TT, mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung itu ialah orang yang berkhidmat dengan penjajah British, bukannya polis diraja Malaysia. Persoalan yang wajib kita fikirkan, adakah mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung Bukit Kepong itu akan diberi penghormatan yang sama jika mereka berkhidmat di bawah pemerintahan Jepun? Jawab!!!

Fakta ini sebenarnya dikaburkan oleh buku sejarah kita dan sudah tentu filem Bukit Kepong yang acap kali disiarkan ketika negara menyambut Hari Kebangsaan. Sehingga kontroversi ini, saya yakin banyak orang yang tidak sedar akan fakta itu. Banyak yang menganggap perisitiwa itu berlaku selepas negara merdeka. Jika selepas negara merdeka, maka tindakan Mat Indera itu sewajarnya dipersoal dan dikecam kerana beliau menentang polis yang berkhidmat dengan YDP Agong. Tuntasnya, sesiapa pun yang berjuang menentang penjajah sebelum 31 Ogos 1957 adalah pejuang kemerdekaan negara termasuklah individu yang dilabel UMCO sebagai pengganas.

Dengan pendedahan ini, banyak orang yang mula membaca untuk mendapatkan info yang tepat dan jelas. Selepas pendedahan isu ini, banyak orang mula mempersoal: Mengapa berkhidmat atau menjadi tali barut penjajah seperti Belanda, Portugis, Jepun dilabel sebagai PENGKHIANAT, KEJI, dll, tetapi mereka yang berkhidmat dengan penjajah British tidak dikenakan label yang sama?

Jawapannya, sila lihat sejarah, cuba lihat pekerjaan dan hubungan pembesar UMCO dengan British. Rata-rata mereka berkhidmat sebagai pegawai dalam sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.  Malah banyak juga pemimpin UMCO yang mempunyai hubungan yang baik dengan British.  Jika berkhidmat dengan Jepun dihina, mengapa dengan British tidak dilabel begitu? Walhal dari segi kekejaman, kerakusan, kesialan, kekeparatan, TIADA beza antara Jepun, Belanda, Portugis, dan British!!!- DCM



P/s: Selepas ini mungkin banyak orang akan mempertikaikan penyiaran filem Bukit Kepong menjelang Hari Kebangsaan!


  1. biasala, org pembangkang mmg buta sejarah..

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, September 02, 2011 2:21:00 PG      
  2. Eloklah tu...2X5

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, September 04, 2011 10:02:00 PG      
  3. Ulasan saudara gagal. Saudara tidak menjelaskan IDEA Communist. Apakan daya itu yang saudara mahu. Communist menjajah negara kita. Jangan kata 'UMCO', PAS pun mungkin takde disini sekarang sekiranya Communist jajahi sekrang. Sekali lagi saya cakap, ulasan seudara gagal.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, September 05, 2011 11:19:00 PG      
  4. anom,

    buat kajian, jangan baca buku teks sejarah sekolah!

    gravatar Comment by Unknown @ Isnin, September 05, 2011 11:50:00 PG      
  5. haha...kalo la mat kilau, tok janggut, rentap n pejuang2 yang lain hidup time tu.. dgn dema tu sekali dianggap pengganas.

    Bos civil servant sblm 1957 = BRITISH, slps 1957 = LOCAL. kewujudan parti2, kumpulan gerila2 sblm 1957 walaupun berlainan idealogi (juga utk mengambil kesempatan) tetapi tetap sama matlamatnya iaitu menghalau penjajah british, jepun etc keluar dari tanah melayu. hanya penjajah saja yg pakai pekerja IMPORT iaitu askar upahan yg x termasuk local barua (civil servant).

    penduduk tanah melayu & borneo yg terdiri dr pelbagai bangsa membentuk pelbagai kumpulan utk menghalau penjajah.

    kalau la mat indera tu hidup lagi sampai 31/8/1957..demi Allah aku rasa dia org yg 1st tunggu kat pintu stadium merdeka or cuci satu stadium.

    kawe rasa kalu mat indera, tok janggut, dato bahaman, rentap, mat kilau etc ada kuasa utk tahu ttg masa depan iaitu slps 31/5/1957 .. aku rasa akan timbul persoalan di hati adakah perjuangan mereka berbaloi @ sia-sia kerana warisan & anak cucu mereka masih dijajah oleh idealogi penjajah yg mereka tentang. kalau aku slh seorang drp pejuang dulu2..baik aku xyah lawan awal2,follow saja..jadi kuli bastard..janji mati kerana sakit tua.

    johor iktiraf mat indera sbg wira.kenapa?? mesti ada sebab. sebab itulah otak berada ditengah2 dua telinga supaya menimbulkan persoalan jika kedua2 telinga mendengar sumber berlainan ttg sesuatu dan ia akan berusaha utk mencari dan bagi yang dunggu pula maka tercipta lah ayat femes 'mengaji tinggi2 tapi bodoh nak mampus' yang mana bagi aku bermaksud 'lu x boleh pikiaq ka'

    cuba baca buku Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan oleh Prof Madya Dr Mohamed Salleh Lamry dan dapatkan juga buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjudul "Pengukir Nama Johor".

    ini bukan ulasan mahupun fakta.ini komen ttg guna akal utk pikir selain drp RM, awek, keta, bini anak etc..ahaks dan juga sebagai promosi buku tersebut agar rakyat malaysia rajin MEMBACA buku.

    lagipun tajuk mat sabu adalah ttg 'PEJUANG KEMERDEKAAN' bukannya ttg 'parti komunis'. apa la lu punya bodoh SPM Bahasa Kebangsaan kantoi ka?? belajar saja tinggi2 tapi budus nak mampus...ahah

    lagipun org berakal selalunya bercakap berpandukan bukti & fakta.

    n congrat bro Khairy Jamaluddin, kawe respek demo sbb sanggup debat.jange jadi mace hok lain tau debat balake tabir a.k.a pengecut a.k.a dayus.. kalo la ramai lagik mcm lu bro.

    ** cek pendahuluan PTPTN RM1500adik aku kena ambik di majlis anjuran sebuah parti di sebuah sekolah. surat jemputan berlogo parti tersebut. PERSOALANNYA bukan ke cek tersebut sebelum ini dipos terus kerumah??? harap SPRM siasat dalang disebalik kejadian ini.. bukti ada,siap laminate lagi.. mau tengok gua bagi yg scan saja.. ori punya simpan duluUUU.bak kata dialog salah satu movie hollywood ntah tajuk apa.. DON'T TRUST GOV'T BECACUSE THEY DON'T TRUST. hmm kdg2 bagus jugak ada movie ori dvd hollywood ni..ahaks iya la.. menambahkan pengetahuan.

    ok.. ok. psl adik aku tu..aku x kasik pergi n last2 tok ngulu JKKK dtg kerumah memempersembahkan cek tersebut pada beta...ahaks. adik gua daftar UTHM 7/9/2011 .. n besok gua gerak htr adik gua.doakan keselamatan kawe deh. Ya Allah selamatkan perjalananku pergi & balik.Amin!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, September 05, 2011 3:12:00 PTG      
  6. cuma mat indera salah pilih platform iaitu ideologi komunis. Bagaikan mat indera menentang penjajah British tapi mempertahankan cubaan penjajahan komunis di Malaya..sama saja..Pihak british datang dari luar dan ideologi komunis pun dari luar dan mereka berperang. kita pula bagaikan buah catur. berperang sesama sendiri dan mempertahankan diri org lain.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, September 08, 2011 1:07:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH