UMCO ternyata silap besar kerana memperbesarkan isu Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong yang diselitkan dalam ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, namun dilaporkan oleh Utusex pada 27 Ogos lalu. Jika tarikh ceramah pun sudah salah, apatah lagi laporan yang ditulis oleh akhbar itu. Mat Sabu dilabel seolah-olah menyokong komunis dan tidak menghormati polis-polis British yang terkorban semasa peristiwa itu.
Saya tidak mahu menulis panjang, maklumlah hari ini baru hari raya kedua.
Siapa Mat Indera yang menyerang rumah pasung British? Kisahnya ada disiarkan di Berita Harian. Jangan terkejut, walaupun dilabelkan sebagai pengganas oleh British kerana menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong, orang yang mengenalinya menganggap beliau sebagai pejuang kemerdekaan negara.
Dalam berita di atas, Mat Indera Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera dikatakan berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang mengangkat senjata menentang British. Mat Indera ditangkap selepas British mengugut beberapa penduduk kampung yang rapat dengannya.
Apa implikasi isu ini kepada UMCO dan masyarakat? Sebelum melihatnya dengan mendalam. Cuba lihat fakta Peristiwa Bukit Kepong. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1950 dan JELAS bahawa semasa kejadian negara kita masih BELUM MERDEKA. Tanah Melayu pada waktu itu dijajah oleh BRITISH. Seperti yang dibangkitkan oleh TT, mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung itu ialah orang yang berkhidmat dengan penjajah British, bukannya polis diraja Malaysia. Persoalan yang wajib kita fikirkan, adakah mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung Bukit Kepong itu akan diberi penghormatan yang sama jika mereka berkhidmat di bawah pemerintahan Jepun? Jawab!!!
Fakta ini sebenarnya dikaburkan oleh buku sejarah kita dan sudah tentu filem Bukit Kepong yang acap kali disiarkan ketika negara menyambut Hari Kebangsaan. Sehingga kontroversi ini, saya yakin banyak orang yang tidak sedar akan fakta itu. Banyak yang menganggap perisitiwa itu berlaku selepas negara merdeka. Jika selepas negara merdeka, maka tindakan Mat Indera itu sewajarnya dipersoal dan dikecam kerana beliau menentang polis yang berkhidmat dengan YDP Agong. Tuntasnya, sesiapa pun yang berjuang menentang penjajah sebelum 31 Ogos 1957 adalah pejuang kemerdekaan negara termasuklah individu yang dilabel UMCO sebagai pengganas.
Dengan pendedahan ini, banyak orang yang mula membaca untuk mendapatkan info yang tepat dan jelas. Selepas pendedahan isu ini, banyak orang mula mempersoal: Mengapa berkhidmat atau menjadi tali barut penjajah seperti Belanda, Portugis, Jepun dilabel sebagai PENGKHIANAT, KEJI, dll, tetapi mereka yang berkhidmat dengan penjajah British tidak dikenakan label yang sama?
Jawapannya, sila lihat sejarah, cuba lihat pekerjaan dan hubungan pembesar UMCO dengan British. Rata-rata mereka berkhidmat sebagai pegawai dalam sistem pentadbiran British di Tanah Melayu. Malah banyak juga pemimpin UMCO yang mempunyai hubungan yang baik dengan British. Jika berkhidmat dengan Jepun dihina, mengapa dengan British tidak dilabel begitu? Walhal dari segi kekejaman, kerakusan, kesialan, kekeparatan, TIADA beza antara Jepun, Belanda, Portugis, dan British!!!- DCM
P/s: Selepas ini mungkin banyak orang akan mempertikaikan penyiaran filem Bukit Kepong menjelang Hari Kebangsaan!
biasala, org pembangkang mmg buta sejarah..
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, September 02, 2011 2:21:00 PGEloklah tu...2X5
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, September 04, 2011 10:02:00 PGUlasan saudara gagal. Saudara tidak menjelaskan IDEA Communist. Apakan daya itu yang saudara mahu. Communist menjajah negara kita. Jangan kata 'UMCO', PAS pun mungkin takde disini sekarang sekiranya Communist jajahi sekrang. Sekali lagi saya cakap, ulasan seudara gagal.
Comment by Tanpa Nama @ Isnin, September 05, 2011 11:19:00 PGanom,
Comment by Unknown @ Isnin, September 05, 2011 11:50:00 PGbuat kajian, jangan baca buku teks sejarah sekolah!
haha...kalo la mat kilau, tok janggut, rentap n pejuang2 yang lain hidup time tu.. dgn dema tu sekali dianggap pengganas.
Comment by Tanpa Nama @ Isnin, September 05, 2011 3:12:00 PTGBos civil servant sblm 1957 = BRITISH, slps 1957 = LOCAL. kewujudan parti2, kumpulan gerila2 sblm 1957 walaupun berlainan idealogi (juga utk mengambil kesempatan) tetapi tetap sama matlamatnya iaitu menghalau penjajah british, jepun etc keluar dari tanah melayu. hanya penjajah saja yg pakai pekerja IMPORT iaitu askar upahan yg x termasuk local barua (civil servant).
penduduk tanah melayu & borneo yg terdiri dr pelbagai bangsa membentuk pelbagai kumpulan utk menghalau penjajah.
kalau la mat indera tu hidup lagi sampai 31/8/1957..demi Allah aku rasa dia org yg 1st tunggu kat pintu stadium merdeka or cuci satu stadium.
kawe rasa kalu mat indera, tok janggut, dato bahaman, rentap, mat kilau etc ada kuasa utk tahu ttg masa depan iaitu slps 31/5/1957 .. aku rasa akan timbul persoalan di hati adakah perjuangan mereka berbaloi @ sia-sia kerana warisan & anak cucu mereka masih dijajah oleh idealogi penjajah yg mereka tentang. kalau aku slh seorang drp pejuang dulu2..baik aku xyah lawan awal2,follow saja..jadi kuli bastard..janji mati kerana sakit tua.
johor iktiraf mat indera sbg wira.kenapa?? mesti ada sebab. sebab itulah otak berada ditengah2 dua telinga supaya menimbulkan persoalan jika kedua2 telinga mendengar sumber berlainan ttg sesuatu dan ia akan berusaha utk mencari dan bagi yang dunggu pula maka tercipta lah ayat femes 'mengaji tinggi2 tapi bodoh nak mampus' yang mana bagi aku bermaksud 'lu x boleh pikiaq ka'
cuba baca buku Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan oleh Prof Madya Dr Mohamed Salleh Lamry dan dapatkan juga buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjudul "Pengukir Nama Johor".
ini bukan ulasan mahupun fakta.ini komen ttg guna akal utk pikir selain drp RM, awek, keta, bini anak etc..ahaks dan juga sebagai promosi buku tersebut agar rakyat malaysia rajin MEMBACA buku.
lagipun tajuk mat sabu adalah ttg 'PEJUANG KEMERDEKAAN' bukannya ttg 'parti komunis'. apa la lu punya bodoh SPM Bahasa Kebangsaan kantoi ka?? belajar saja tinggi2 tapi budus nak mampus...ahah
lagipun org berakal selalunya bercakap berpandukan bukti & fakta.
n congrat bro Khairy Jamaluddin, kawe respek demo sbb sanggup debat.jange jadi mace hok lain tau debat balake tabir a.k.a pengecut a.k.a dayus.. kalo la ramai lagik mcm lu bro.
** cek pendahuluan PTPTN RM1500adik aku kena ambik di majlis anjuran sebuah parti di sebuah sekolah. surat jemputan berlogo parti tersebut. PERSOALANNYA bukan ke cek tersebut sebelum ini dipos terus kerumah??? harap SPRM siasat dalang disebalik kejadian ini.. bukti ada,siap laminate lagi.. mau tengok gua bagi yg scan saja.. ori punya simpan duluUUU.bak kata dialog salah satu movie hollywood ntah tajuk apa.. DON'T TRUST GOV'T BECACUSE THEY DON'T TRUST. hmm kdg2 bagus jugak ada movie ori dvd hollywood ni..ahaks iya la.. menambahkan pengetahuan.
ok.. ok. psl adik aku tu..aku x kasik pergi n last2 tok ngulu JKKK dtg kerumah memempersembahkan cek tersebut pada beta...ahaks. adik gua daftar UTHM 7/9/2011 .. n besok gua gerak htr adik gua.doakan keselamatan kawe deh. Ya Allah selamatkan perjalananku pergi & balik.Amin!
cuma mat indera salah pilih platform iaitu ideologi komunis. Bagaikan mat indera menentang penjajah British tapi mempertahankan cubaan penjajahan komunis di Malaya..sama saja..Pihak british datang dari luar dan ideologi komunis pun dari luar dan mereka berperang. kita pula bagaikan buah catur. berperang sesama sendiri dan mempertahankan diri org lain.
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, September 08, 2011 1:07:00 PTG