Ahmad Zahid Hamidi, kalau tidak pandai agama, jangan memandai-mandai. Katanya, "Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu." Inilah sikap orang UMCO yang menggunakan agama untuk meraih sokongan dan mengelirukan orang. Sila abaikan kenyataan jahilnya!
Sila baca berita di bawah ini. Saya petik:
[MK] Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.
“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.
Menurut Dr Juanda, Jawatankuasa Fatwa Perlis telah membincang hal berkenaan sejak 30 April 2007 dan dalam garis panduan masjid di negeri itu diletakkan satu klausa: 'tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan selain azan dengan kuat ssebelum dan selepas'.
Keputusan itu juga telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Perlis pada 25 Julai 2007 yg dipengerusikan oleh Tuanku Raja Muda Perlis.
“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.
“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih.
“Pihak yang pertikai adalah jahil tentang hukum dan peranan masjid dalam Islam,” katanya.
Hormati keputusan
Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.
"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.
Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
P/s: Spin UMCO tidak menjadi!
Itu keputusan yang baik Perlis dan Pulau Pinang. Jangan dok buat bising
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Ogos 13, 2011 10:48:00 PTGtak tentu pasal. Orang nak belajar ugama pi cari tok guru dan belajar. Cakap pelahan pelahan biak terang. Biaq yang nak belajar saja dengar.