Remaja Suka Bertaruh Wang untuk Sukan Futsal, Tiba-tiba Teringat...
Penceramah bebas Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz mengulas isu remaja gemar membuat pertaruhan yang melibatkan sukan futsal.
“Niat bertaruh futsal, ‘siapa kalah dia bayar’ adalah haram di sisi agama Islam kerana ia ibarat satu perjudian,” kata penceramah bebas itu seperti yang dipetik oleh HM.
Kata Ustaz Hassan, sukan futsal yang pada awalnya bermanfaat kerana menyihatkan badan namun sikap segelintir remaja yang gemar bertaruh futsal ‘siapa kalah dia bayar’ menyebabkan jatuhnya hukum haram dan berdosa.
Menurutnya, jika sesuatu permainan itu membabitkan pertaruhan, maka permainan itu salah di sisi agama kerana mengandungi unsur perjudian namun jika pemenangnya diberikan hadiah yang ditaja pihak penganjur sukan itu diharuskan.
“Begitu juga dengan program Imam Muda, pemenangnya akan menerima hadiah kemenangan yang ditaja manakala yang kalah pula tidak kerugian apa-apa kerana tidak bertaruh atau membayar sejumlah wang untuk menyertai.
“Hari ini kita melihat ramai anak muda gemar bertaruh futsal, yang kalah terpaksa membayar sejumlah wang, yang menang bergembira, maka jatuh hukumnya haram dan berdosa,” katanya.
Saya kata tiba-tiba teringat pada tajuk kiriman. Sebenarnya, saya teringat bagaimana kemaruknya Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib meluluskan lesen judi untuk Piala Dunia yang lalu. DCM ada menyiarkan beberapa petikan berita dan artikel tentang hal ini. Lucu-geramnya, selepas diketahui umum, hal itu cuba disorok-sorokkan.
Jika remaja sekarang gemar berjudi, cuba tanya pendapat parti yang bikin kain rentang di bawah ini:
P/s: Kalau bertaruh itu hukumnya haram, apa pula hukum orang yang meluluskan lesen judi serta penyokongnya, sedangkan mereka tahu judi juga tidak dibenarkan oleh agama lain dan pemberian lesen judi itu akan turut merosakkan orang Islam?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.