Budak 13 Tahun "Dirogol" Atas Motosikal
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai di ibu negara itu dikatakan memaksa kekasihnya berusia 13 tahun itu melakukan seks atas motosikal.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan selepas itu, pasangan tersebut kerap berjumpa untuk melakukan seks sehinggalah pada 22 Februari lalu.
“Laporan asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke rumah selama seminggu dipercayai mengikut teman lelakinya di Kuala Lumpur.
“Sejurus laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak keluarganya, wanita itu memberitahu bahawa dia dirogol. Sebaik sahaja mengetahui hal itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Nilai,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Secara teknikal ikut undang-undang dirogol, yang tak teknikal mungkin berzina.
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Februari 29, 2012 10:20:00 PTGakhir zaman dah ni..
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Mac 18, 2012 10:10:00 PG