Kelantan Miskin Bukti Najib dan PM Terdahulu GAGAL
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.
"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.
"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.
Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.
Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.
"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.
"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.
P/s: Apa yang berlaku di balik "kegagalan" itu? Diskriminasi, ketidakadilan, hasad dengki, busuk hati, politik jahat, rompakan hasil mahsul, apa lagi? bla..bla...bla....
dibawah konsep federalisma semua negeri patut dilayan sama rata dan tidak timbul soal bantu kerana ianya suatu tanggung jawab kerajaan pusat sebagai balasan pelepasan kuasa oleh kerajaan negeri dlm hal2 tertentu kpd kerajaan pusat spt percukaian,perlesenan, hak2 ke atas kekayaan diluar pantai.
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Februari 18, 2012 11:06:00 PTG