Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 26 Februari 2012

Mufti Perlis: Kaji Keputusan Penamaan "Ayah" Anak Tidak Sah Taraf Semula



Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya meminta supaya keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai penamaan anak tak sah taraf (luar nikah) yang dibin atau dibintikan kepada Abdullah disemak semula kerana didakwa tidak menepati konsep Islam serta mengaibkan.

Katanya, semakan itu perlu kerana keputusan berkenaan berdasarkan perbincangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan bukan keputusan dicapai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

“Sebenarnya ada perbezaan antara Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Keputusan mengenai penamaan anak luar nikah kepada Abdullah adalah berdasarkan muzakarah atau perbincangan yang dihadiri individu tertentu.

“Untuk menetapkan sesuatu keputusan atau fatwa, ia sebenarnya hanya boleh dilakukan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ahlinya dipilih Majlis Raja-Raja dan barulah ia boleh diguna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada forum ‘Apa Ada Pada Nama’ anjuran Sisters In Islam yang turut dihadiri Ketua Hakim Syariah Terengganu, Datuk Ismail Yahya serta peguam bela dan peguam cara, merangkap peguam syariah, Nizam Bashir.

Menurut Dr Juanda, keputusan fatwa yang diguna pakai itu juga tidak berdasarkan konsep Islam kerana ia kelihatan menindas serta memalukan.

“Saya tidak tahu apa perlunya menamakan seseorang anak luar nikah, termasuk individu yang baru masuk Islam, dengan berbin atau berbintikan Abdullah. Ini seolah-olah kita ingin meletakkan mereka dalam satu kumpulan dengan tujuan tertentu.

“Sebab itu, dalam kebanyakan kes, anak-anak ini kemudian menjadi malu dan menerima aib apabila diketahui mereka anak tak sah taraf, sedangkan ia kesalahan ibu bapa dan tidak sepatutnya ditanggung anak,” katanya.

Dr Juanda berkata, tidak ada dalil atau nas menyatakan anak tidak sah taraf, termasuk golongan mualaf, perlu dibin atau dibintikan dengan Abdullah.

“Jika seorang lelaki datang ingin mendaftarkan nama anak mereka, itu bermakna dia mengaku itu anaknya dan tidak perlu dipertikaikan.

“Walaupun ia anak hasil di luar perkahwinan, hubungan darah antara bapa dengan anak tetap sama, cuma bezanya hasil hubungan sebelum berkahwin.

“Jadi kita sebagai manusia tidak perlu menghukum anak itu kerana kesalahan ibu serta bapa mereka,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ibu atau bapa mendaftar nama anak mereka.

Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku ialah kakitangan di JPN pula sibuk meminta pelbagai dokumen daripada ibu atau bapa, termasuk mempertikaikan taraf perkahwinan seseorang yang tidak sama mengikut waktu kelahiran anak.

“Tugas mereka adalah mendaftarkan nama. Jika ayah serta ibu bapa adalah warga negara, soal tempoh perkahwinan sewaktu melahirkan tidak patut menjadi persoalan.

“Perkara ini sebenarnya di bawah kuasa syarak dan bukan di bawah bidang kuasa pentadbiran. Hukum syarak lebih tinggi daripada pentadbiran,” katanya.

Nizam pula berkata, ibu atau bapa yang ada masalah atau dihalang untuk mendaftarkan nama anak atas sebab tertentu boleh membawa perkara itu ke mahkamah kerana ia melanggar Artikel 358 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan untuk mendaftar seperti terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas).


  1. saya tidak bersetuju dengan pendapat mufti perlis, Dr Juanda Jaya berkaitan anak tak sah taraf diaibkan kerana di'bin' dgn Abdullah. Bagi saya sebagai seorang mufti beliau sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk membendung kelahiran anak tak sah taraf bukannya mempertikaikan keputusan yang telah diputuskan oleh muzakarah fatwa kebangsaan. Pendapat beliau seolah-olah cuba untuk menggalakkan gejala kelahiran anak tak sah taraf dan menggalakkan pasangan untuk merahsiakan perkara tersebut dari anak tersebut. keadaan ini mungkin boleh menutup aib anak tersebut tetapi bagaimana dengan pergaulan dengan bapa dan adik beradik yang lain? jika anak tersebut seorang perempuan, perkahwinannya tidak boleh diwalikan oleh bapanya dan sekiranya anak tersebut lelaki, beliau tidak boleh mewalikan adik perempuan beliau. Sekiranya perkara tersebut dirahsiakan dari pengetahuan mereka bagaimanakah dengan status perkahwinan tersebut. Disini secara terang-terangan dapat dilihat anak tersebut lahir dari perhubungan zina walaupun pasangan tersebut berkahwin selepas menyedari perkara tersebut. Harap Dr Juanda berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya menyokong tindakan JPN mendaftarkan anak tak sah taraf dengan di'bin' Abdullah atau 99 nama-nama Allah. Sepatutnya JPN tidak harus dipersalahkan memandang majoriti kakitangannya adalah beragama islam dan mengetahui hukum-hukum islam. Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Dr. Juanda dan berharap beliau dapat mengemukakan bukti2 yg menyatakan anak yg lahir kurang 6 bulan dari tarikh perkahwinan ibubapanya boleh dinasabkan dgn bapanya. -pencari kebenaran-

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, Februari 26, 2012 9:57:00 PTG      
  2. mufti wahabi biasalah suka mempertikaikan perkara remeh daripada perkara besar.

    gravatar Comment by sheikh kolil @ Selasa, Februari 28, 2012 9:33:00 PTG      
  3. bak kata pepatah, berat mata memandang berat lg bahu memikul.org lain asyik tahu ckp shj,tp tdk merasainya.d dlm doa sambil memohon kemapunan Allah swt. .memohon agar Allah sembunyikan keaibanku serta anakku d dunia dan akhirat..tp selepas doa t,sebut. .sya sentiasa t.fikir dgn status anak sya yg tdk sah taraf berbinkan Abdullah.adakah aib sya t,tutup. .jauh d sudut hati, kdng t,lintas. .sya menangis darah sekalipun. .adakah Allah akan menutup aibku. .wallahualam

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, September 29, 2013 3:25:00 PG      
  4. bak kata pepatah, berat mata memandang berat lg bahu memikul.org lain asyik tahu ckp shj,tp tdk merasainya.d dlm doa sambil memohon kemapunan Allah swt. .memohon agar Allah sembunyikan keaibanku serta anakku d dunia dan akhirat..tp selepas doa t,sebut. .sya sentiasa t.fikir dgn status anak sya yg tdk sah taraf berbinkan Abdullah.adakah aib sya t,tutup. .jauh d sudut hati, kdng t,lintas. .sya menangis darah sekalipun. .adakah Allah akan menutup aibku. .wallahualam

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Ahad, September 29, 2013 3:26:00 PG      
  5. Pencari kebenaran berbunyi mcm tahu mengenai agama tp jahil Org pikiran mcm ko lah yg merosakkan agama ko taw cuba kalau nama ko yg diletakkan bin abdullah tp nama bpk ko lain apewh ko rasa?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 07, 2014 5:08:00 PTG      
  6. Tanpa nama...kalau awak berapa di golongan anak tak sah taraf nie apa perasaan awak??? Masyarakat sekeliling mencemuh, hina dll lagi.apa yg hendak di ketengah oleh mufti Perlis adalah kenalkan bersama.

    gravatar Comment by ahmad @ Jumaat, Jun 20, 2014 4:20:00 PTG      
  7. Remeh kepala otak kau, kau duduk dalam pondok menadah kitab saja apa kau tahu ttg situasi masyarakat???

    gravatar Comment by Asyraff Muhammad @ Khamis, Disember 11, 2014 1:36:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH