Berdasarkan keterangan klip video, Tun Dr. Mahathir mengulas tentang pelaksanaan hukum hudud yang ditanyakan oleh seorang peserta Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012 yang lalu.
Selain paparan video di bawah ini, saya juga menyalin semula transkrip ulasan beliau untuk bacaan pengunjung DCM.
"Kita harus tahu apa dia hukum ini. Yang pertama hukum hudud ini dibentuk oleh ahli fekah. Ia tidak terdapat dalam al Quran. Dalam Quran ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli fekah. Sebab itu, apabila kita nak laksana sesuatu kita perlu rujuk kepada al Quran kerana itu lah punca kepada asas kepada agama kita.
Kalau kita baca al Quran dalam bahasa yang kita faham, kalau kita baca dalam bahasa arab mungkin kita tidak faham, walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham, dalam bahasa kita sendiri kalau kita rajin baca dalam Quran, terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Dalam Islam, yang lebih utama ialah bukan hukuman itu, bukan saksi yang empat itu. tapi hukuman yang adil.
Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama, ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. mereka berkata bahawa hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang orang Islam dan seorang bukan Islam melakukan satu jenayah, mencuri umpamanya. apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jail selama dua bulan. Kalau kita tanya kepada diri kita apakah ini adil? Adilkah orang Islam putus tangan, orang bukan Islam masuk jail dua bulan lepas tu keluar bebas. Adilkah? Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam. Dalam Islam hukuman mesti adil.
Kalau kita dapati kes rogol umpamanya. Sebenarnya dalam surah an Nisa tak ada hukuman yang disebutkan apa yang dipanggil hukum hudud.Apabila seorang wanita dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat menyediakan empat orang saksi yang bebas daripada dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan maka tuduhan ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri dan untuk ini dia akandidera dengan dihukum sebat sebanyak 80 kali.
Kemudian kalau dia hamil, dan melahirkan anak, maka dia akan dituduh pula berzina dan seterusnya hukuman bagi orang yang berzina, ini tiada dalam quran, tetapi ahli fekah kata hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh, perogol dilepas semata-mata kerana tiada empat orang saksi? Ini semua ditambah tokok kepada agama kita.
Sebab itu, kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini kerana kita berpendapat kalau hukuman itu berat maka kita Islam. Tak benar. Dalam Quran, sila baca Quran dalam bahasa yang kita boleh faham, kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Yang pertama ialah adil, bukan soal saksi, bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan. Sebab itu, mereka yang membuat cadangan melaksanakan hukuman hudud mereka sebenarnya bukan bercakap tentang hukum Islam tetapi mereka bercakap tentang hukuman yang mereka cipta sendiri. Transkrip oleh DCM
P/s: Saya tidak mahu mengulas kejahilan dan kekeliruan Che Det tentang hukum hudud. Saya juga tidak mahu mengulas kata-kata berbentuk "perlekehan" Che Det terhadap al-Quran. Rasanya, banyak orang sudah mengulas tentang "kehebatan" Che Det mengulas isu agama terutama tentang hudud.
Di bahagian atas kiriman ini ada frasa (label) "hukum hudud", kliklah pada frasa itu untuk membaca lanjut tentang hudud, rasanya ada artikel yang dapat menjawab isu rogol yang diletakkan oleh Che Det di bawah hudud, serta beberapa isu lain yang ditimbulkan dalam video di atas.
Membacalah, menyelidiklah. Janganlah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu bahawa dia jahil). Tambah-tambah kalau kita sudah berada di penghujung usia!
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN: Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.
Sebahagiannya pula disalin & ditampal (semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.
Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.
Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.
PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.
Ajaran sesat puja mayat
-
KOSMO!BANGKOK – Polis menemui 12 mayat yang digunakan oleh seorang ketua
ajaran sesat dalam ritual dan program latihan pengikutnya selepas
melakukan serb...
Pandang Sikit Sebelah Kanan Tue
-
Bhai/DeeDee semua...PMX cakap tak pandang kiri kanan... Kah Kah Kah... Yang
sebelah kanan tue pon kaki sakau... Takkan tak nampak kot?? Buta ka
apa??Kah Ka...
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh
-
The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac.
Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking
the 15th...
ATOK OH ATOK..
-
Kemelut di antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berhubung pemilikan
harta masing-masing berterusan hari ini dengan bekas perdana menteri itu
member...
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
-
Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai
GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan
menganjurkan Pr...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
I am back
-
I am coming back to blogging after almost 3 years of silence, as so many of
my readers insist me to come back to blogging. I stopped blogging since my
lat...
MN sokong Muhyideen Yasin
-
KUALA LUMPUR: Gabungan Muafakat Nasional, PAS dan Umno bersetuju untuk
menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana
Menteri Mal...
Selamat Tahun Baru 2019
-
Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena
Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri
agar ...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
WARKAH DARI PENJARA - SAHIH ATAU PALSU?
-
Selama ini jarang penyokong-penyokong Pakatan Harapan bertindak
mempertikaikan kesahihan warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar
Ibrahim.
Tetapi pada ...
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota
-
*Zakat Fitrah dan kemiskinan kota*
Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada
seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...
Jom kita lihat isu ni pulak -
-
Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku
mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat
membantu ...
Unsur Puisi
-
Unsur puisi, unsur emosi, unsur imaginasi - ketga-tiga unsur ini tidak
dapat dipisahceraikan; sudah lumrah, sebati, sejati. Mengikut yang ahli,
puisi itu s...
Hadi sah dicabar Ahmad Awang
-
Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri
Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu
bu...
Mahathir Buat Kejutan Lagi..
-
Mahathir Buat Kejutan Lagi.. Blog popular Tun Dr Mahathir Mohamad kini
tidak boleh diakses, beberapa jam selepas beliau menulis mengenai perlunya
siasa...
meh sini aku ulas: kapir
Comment by azmie @ Selasa, Februari 28, 2012 10:01:00 PTGسورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #7
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Februari 28, 2012 10:55:00 PTGAl-Hudud is the legal laws for the punishment of thieves & adulterers. Not more than that.