Juara Rancangan Realiti TV Ditahan Reman Kes Rogol
![]() |
| ANGGOTA polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam. |
[Kosmo] AMPANG JAYA: Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan
reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan
berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay
Perdana dekat sini Ahad lalu.
Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah
program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen
televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin
Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh
polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.
“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan
20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan
terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika
terdapat bukti yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Semalam Kosmo! melaporkan polis menahan artis tersebut pada pukul 12
tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung
kejadian tersebut.
Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31
Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli
keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang
akan dicederakan.
Laporan awal di sini.
Laporan Lain:
Penyanyi Program Realiti Direman
[SH] AMPANG - Juara program realiti popular terbitan sebuah stesen televisyen ditahan reman selama enam hari bermula semalam, disyaki merogol kekasihnya, minggu lalu.
Perintah reman ke atas penyanyi itu dikeluarkan oleh Pendaftar Nur Haizan Abdul Rahman di Mahkamah Majistret Ampang di sini.
Siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas suspek dibuat bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mengikut laporan akhbar, mangsa yang merupakan teman wanita suspek dirogol kira-kira jam 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu ketika bersama penyanyi itu di rumahnya di Ukay Perdana, dekat sini.
Mangsa mendakwa dia tidak melawan kerana takut dicederakan.
Suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam di Taman Melati dekat sini setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.