Kah kah kah, Peminat Rayu Psy di FB, Jangan Jadi Alat Politik BN
[MK] Kumpulan
peminat Psy memuatkan rayuan di laman Facebook penyanyi rap Korea itu
agar tidak menjadi alat politik BN dengan membuat persembahan di majlis
rumah terbuka parti tersebut di Pulau Pinang.
Ramai pengguna Facebook Malaysia dikesan menyalin dan memuatkan semula rayuan berkenaan di laman berkenaan.
Ada juga yang dikesan memuatkan mesej berkenaan dalam bahasa Korea dan merayu agar Psy tidak berkunjung ke Malaysia buat masa ini.
"Jika anda memilih untuk datang ke Malaysia, anda akan menjadi alat politik BN. Ia adalah parti politik dan sangat korup dan selalu menyalahgunakan kuasa untuk menganiaya rakyat Malaysia," mesej tersebut dipetik.
Kenyataan berkenaan juga mendakwa acara tersebut dibayar dengan menggunakan wang rakyat. BN bagaimanapun semalam menjelaskan bahawa ia ditaja oleh sebuah syarikat swasta.
Mesej berkenaan juga mendakwa BN cuba mengolah pemikiran generasi muda dengan mewujudkan illusi bahawa negara ditadbir dengan baik memandangkan pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi.
"Kami tiada pilihan selain menggesa dan berharap anda akan membaca surat ini. Kami dengan ikhlas merayu demi kebajikan rakyat, tolonglah, dengar suara kami.

![]() |
P/s: Apa pilihan Psy? Rayuan peminat atau duit BN?

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.