Anak Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Terima Ijazah Sarjana Falsafah
[Mstar] KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak yang juga Tuanku Pro-Canselor Universiti Malaya (UM), Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan ijazah sarjana falsafah kepada Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra, anak ketiga perdana menteri pertama yang juga Canselor pertama UM.
Tunku Noor Hayati, 46, menerima ijazah sarjana falsafah dari Institut Pengajian Siswazah, UM pada hari kedua istiadat konvokesyen UM kali ke-52 di Dewan Tunku Canselor, UM di sini, Selasa.
Ketika ditemui selepas menerima ijazah, Tunku Noor Hayati menyifatkan ijazah sarjana yang diterima sangat bermakna.
Ini kerana istiadat konvokesyen berlangsung dalam Dewan Tunku Canselor yang dirasmikan oleh Almarhum ayahandanya sendiri pada tahun 1966.
"Saya sunggguh bangga dengan kejayaan ini," tambah anak ketiga daripada empat beradik itu.
Selain Tunku Noor Hayati, Raja Nazrin turut menyampaikan ijazah kehormat kepada tiga personaliti yang cemerlang dalam bidang masing-masing. -2/10/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.