Azab 10 Minit Ditoreh Suami
[HM] Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.
Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.
“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini. -3/12/13
Berkaitan:
Suami Kelar Isteri 18 Kali Kerana Minta Cerai
[AA] SEREMBAN: Seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat, selepas isterinya dilaporkan meminta cerai.
Harian Metro dalam laporannya hari ini menyebut, mangsa Nor Hafazalina Mohd, 30, menerima 80 jahitan ekoran perlakuan tidak berperikemanusiaan suaminya.
Nor Hafazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Ampangan, di sini pada Jumaat.
Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara.
Menurut laporan Harian Metro, suaminya yang berusia 30-an itu dikatakan seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.
Hafazalina meminta cerai daripada suami yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali.
Lelaki terbabit baru sahaja keluar dari penjara dan memujuk untuk kembali bersama lantas membuatkan Hafazalina menumpangkan suami di rumah berikutan lelaki itu dibuang keluarga ekoran kerap masuk keluar penjara.
Ketika kejadian, dua anak mereka tiada di rumah kerana berada di rumah kakaknya di Seremban.
Selepas dikelar, suaminya berlari keluar dari rumah dan meninggalkannya dalam kesakitan dan berlumuran darah.
Dia dibawa ke hospital oleh beberapa jiran yang mendengar pergaduhan mereka. -3/12/13
Ibu mangsa, Juriah Hashim berkata, menantunya ada menelefon pada malam selepas kejadian dan mengugut supaya berhati-hati.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapa mengesahkan menerima laporan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.