Presiden PAS Dakwa Ada Kuasa Lantik Menteri Besar, Cuba Lihat Perlembagaan
[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan mengikut perlembagaan parti beliau mempunyai kuasa dalam beberapa perkara termasuk melantik menteri besar dan beberapa perkara yang berkait dengan parti.
Abdul Hadi berkata keputusan yang dibuat oleh presiden parti mengikut perlembagaan perlu didukung oleh timbalan dan naib-naib presiden.
Katanya, perkara melantik menteri besar mengikut amalan parti sejak 1959 tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.
"Kita dalam Parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden.
"Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian. Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya ketika menjawab soalan peserta yang mengikuti sesi dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang, pada Jumaat.
Abdul Hadi berkata ketika melantik menteri besar Kelantan pada 1990, Presiden PAS waktu itu, Fadzil Nor membuat keputusan tanpa melalui Jawatankuasa PAS Pusat.
"Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya lagi.
Mengulas mengenai pelantikan menteri besar Selangor yang baharu, Abdul Hadi berkata PAS tidak terikat dengan PKR dan DAP dalam menghantar nama calon kepada pihak istana.
Sambung baca di sini.
Cuba baca lampiran ini. Kata orang lampiran ini Perlembagaan PAS:
Foto: Cap Kapalayar Limaribukawan |
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.