Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 19 September 2014

[Video] Wajah Perwakilan yang Mendoakan Laknat kepada Mat Sabu dan 2 Adun yang Menyokong Wang Azizah




Perwakilan Baca Doa Kutuk Mat Sabu, Dua ADUN

Azhari Ariffin

[Malaysia Kini] Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).


Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

"Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa,” katanya lagi

Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.

Ridzwan Abu Bakar

Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?

"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.

"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.

Kata-katanya itu turut disambut dengan sorakan dari sekumpulan individu di bahagian belakang dewan tersebut.

Pengerusi tetap seterusnya cuba mengawal keadaan dengan meminta anggota perwakilan bertenang.

"Tenang muktamar. Kalau tidak kita pakat balik semua," katanya tanpa membuat sebarang ketetapan dan mempersila pewakilan seterusnya berbahas. -19/9/14



P/s: Belum pun reda cerita geng 50 pemuda yang didakwa memboikot ucapan Mat Sabu, kini timbul lagi isu yang lebih biadap. Namun, Allah itu Maha Berkuasa dan Mengetahui. Semoga laknat itu dijatuhkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Isu ini membabitkan PAS Terengganu dan PAS Wilayah Persekutuan. Bukan sesuatu yang menghairankan, namun kali ini cukup biadap. Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada puak ini? Tunggu dan lihat.



Berkaitan:

Ridzwan Abu Bakar – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 September, 2014.

[The Malaysian Insider] Seorang perwakilan PAS menimbulkan kekecohan pada muktamar kali ini apabila dia menggunakan masa yang diperuntukkan untuk berucap dengan berdoa menyerang pemimpin dan ahli yang tidak beliau setujui.

Doa sepanjang 20 minit oleh Azhar Yaakob, perwakilan dari Wilayah Persekutuan itu, memohon laknat Allah ke atas dua Adun Selangor yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor, ahli jawatankuasa pusat yang tidak bersetuju dengan presiden dan kumpulan yang beliau namakan sebagai Islam liberal dalam parti.

Tindakan itu mendorong seorang perwakilan bernama Ridhuan merebut mikrofon pada akhir ucapan Azhar untuk menuntut pengerusi tetap muktamar membuat keputusan mengenai doa dalam ucapan.

Ridhuan berkata menggunakan doa sebagai saluran untuk menyerang orang lain tidak Islamik dan akan mengelirukan umat Islam dan bukan Islam. – 19 September, 2014.


Respons Ridzwan Abu Bakar:






  1. Eloklah...pada siapa lg nk memohon bila pas nk dihijack utk dijdkan biro agama pkr

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, September 19, 2014 4:11:00 PTG      
  2. Kononnya berani krn benar...tp muktamar takut nk mai...nila...nila...

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, September 19, 2014 4:34:00 PTG      
  3. Azhari ariffin yang cuba merekrut tuhan untuk doa bodohnya.... apala punya bangang mendoakan buruk untuk jemaah sendiri @ pemimpin jemaah lagi...ale uto punya wakil wilayah dari terengganu ni!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, September 19, 2014 6:44:00 PTG      
  4. Ko tu yg berani sgt... anak jantan sgt kenapa berselindung. Letak lar nama sapa supaya oeg leh kenaal...bahalol

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, September 20, 2014 7:38:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH