Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 18 September 2014

Saari, Hasnul PertahanTindakan Sokong Azizah, Sedia Dihukum




[Mstar] PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menegaskan mereka berada di pihak benar dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan daripada Jawatankuasa Disiplin parti berhubung tindakan membelakangi parti dalam krisis politik di Selangor.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengakui tiada sebarang panggilan telefon mahupun surat tunjuk sebab diberikan supaya tampil memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Datuk Wan Mutalib Embong, walaupun pelbagai amaran dan desakan dikeluarkan.

"Sehingga hari ini masih tak ada sebarang panggilan telefon mahupun surat rasmi yang saya terima. Yang ada hanyalah khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan hinaan daripada pihak-pihak yang berang dengan tindakan saya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat Selangor.

"Jika dipanggil saya bersiap sedia, hadir dengan membawa saksi dan peguam jika diperlukan. Saya akan memberikan penjelasan dan membela diri berhubung pendirian yang dinyatakan pada sidang media 14 Ogos lalu," kata Saari kepada mStar Online pada Khamis.


Beliau turut melahirkan kenyakinan bahawa tidak gentar terhadap sebarang ancaman dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan tatatertib ke atas dirinya.

"Saya yakin di pihak yang benar. Saya akan pertahankan diri...Sekali lagi saya jelaskan keputusan menandatangani SD menyatakan sokongan kepada calon menteri besar Selangor ketika itu adalah untuk menyelamatkan kedudukan PR di Selangor dan untuk mengelakkan PAS daripada bergabung dengan Umno.

"Hal ini kerana, Tan Sri Khalid Ibrahim (menteri besar Selangor) mengakui beliau mempunyai majoriti ketika itu," ujarnya.

Mengulas lanjut Saari turut melahirkan kenyakinan terhadap kredibiliti dan ketelusan Jawatankuasa Disiplin PAS pusat dalam menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku.

"PAS sebuah parti yang adil dan telus. Keputusan presiden juga tidak mendapat sokongan semua pihak. Ingin juga saya tegaskan keputusan tandatangani SD tersebut adalah pendirian masing-masing tanpa ada pengaruh daripada mana-mana pihak," katanya.

Sementara itu, Hasnul turut menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataan sebelum ini biarpun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Beliau juga bersedia memberi penjelasan dalam isu berkenaan sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan dalam isu berkenaan.

"Sehingga hari ini tak ada apa-apa yang saya terima daripada mereka (Jawatankuasa Disiplin). Keputusan masih sama saya berpegang kepada SD yang ditandatangani sebelum ini dan ia dibuat demi menyelamatkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Hasnul turut mengakui dirinya tidak menghadapi masalah dengan rakan-rakan Adun yang lain sejak namanya menjadi bualan pihak media.

"Saya tidak ada masalah, hari ini pun saya hadir Muktamar PAS pusat ke-53 di Batu Pahat sebagai pemerhati," katanya.

Pada Rabu, Dewan Ulama PAS pusat sebulat suara meluluskan usul agar parti mengambil tindakan disiplin terhadap Saari dan Hasnul kerana didakwa membelakangi keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

Wakil Dewan Ulama dilaporkan berkata sayap parti turut melihat bahawa tindakan kedua-dua Adun PAS itu boleh dikenakan tindakan termasuk dipecat daripada parti. - Nurul Ain Mohd Hussain/18/9/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH