Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Sabtu, 20 September 2014

[Video] Walaupun Diboo, Hanipa Sekolahkan Geng UG



Muktamar: Takbir, Jerit Tak Ubah Perlembagaan Parti - Hanipa

[WargaMarhaen] "Tuan-tuan boleh jerit dan takbir sekuat hati. Undang-undang tak ambilkira kuatnya takbir dan jeritan," kata Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Pas Pusat (LUHAM) Hanipa Maidin semasa diboo oleh perwakilan ketika menjelaskan kenapa LUHAM membuat kenyataan mempertikaikan kuasa presiden baru-baru ini.

"Persoalan timbul apabila LUHAM sentuh Majlis Syura Ulama (MSU) dan presiden, adakah LUHAM bertindak di luar bidang kuasa?

"Saya dan kami berpendapat ia tidak melampaui kerana pertama LUHAM tak ambil kuasa MSU," ujarnya semasa menggulung perbahasan sempena Muktamar Pas Pusat Kali Ke-60 di sini hari ini.

Hanipa berkata, sesiapa yang membaca kenyataan LUHAM secara penuh atau istilah read in total, mereka mendapati LUHAM mengiktiraf MSU dalam perlembagaan Pas.

Kepada dakwaan LUHAM ambil kuasa MSU, Hanipa berkata ia dibuat tanpa membawa sebarang fakta.

"LUHAM berpandangan apabila MSU beri kenyataan bagi sokongan pada presiden dan kes Selangor, kami berpandangan ia menyalahi melebihi kuasa yang diberi," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, LUHAM tidak berniat ambil alih MSU

"Cuma Setiausaha LUHAM beri kenyataan mengatakan kita apa salahnya semasa MSU menafsirkan perlembagaan apa salahnya LUHAM dirujuk," katanya sebelum diboo oleh perwakilan dan pemerhati.

Menurutnya, LUHAM tidak menafikan presiden parti boleh buat keputusan tapi mengikut amalan presiden biasanya rujuk kepada LUHAM.


"Kenapa LUHAM buat kenyataan secara terbuka? Saya nak tanya kenapa MSU buat kenyataan terbuka? Mana leih baik menerima pandangan LUHAM yang diamanahkan dalam keadaan LUHAM ada track record bela kes-kes bela melibatkan ahli dan pemimpin parti.

"Kepada soalan kenapa tidak bubarkan LUHAM? Saya tak jadi masalah..Kalau dibubarkan kami peguam-peguam Pas akan terus membela ahli-ahli Pas," katanya.

Jika Pas menerima jawatan MB Selangor yang baharu pula, Hanipa berkata, ia akan akan dicap sebagai mungkir janji dan mewujudkan kerajaan rapuh. -20/9/14


Hanipa: Tiada Peruntukan Kuasa Veto Presiden

[Malaysia Kini] Pengerusi lajnah undang-undang PAS Mohamed Hanipa Maidin terus menjadi sasaran ejekan pemerhati muktamar PAS apabila beliau membangkitkan mengenai had kuasa presiden dan Majlis Syura Ulama.

Malah, tindakan kumpulan pemerhati tersebut terpaksa diredakan oleh timbalan pengerusi tetap, Hussein Ismail yang meminta individu tersebut bertenang dan tidak mengacau persidangan.

Hanipa dalam ucapan penggulungannya menyebut bahawa Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak melampaui kuasa dalam menetapkan calon menteri besar Selangor.

Menurutnya pada pindaan perlembagaan pada 1983 memutuskan bahawa tugas presiden perlu menumpukan soal tanggungjawab bersama dan turut menghapuskan pemusatan kuasa kepada presiden.

"Ia dipinda dan sememangnya tidak ada peruntukan khusus (mengenai kuasa veto presiden).

"Kita tidak menafikan presiden boleh buat keputusan tetapi dari soal perlembagan presiden biasanya merujuk kepada AJK PAs Pusat," katanya.

"Tidak ada sebarang masa bahawa pandangan Luham (Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan kita pun tidak berniat begitu," katanya.

'Apa salahnya rujuk Luham?'

Beliau menambah, Luham yang diketuainya perlu dierujuk dalam mentafsir ruang lintup kuasa tersebut.

"Apa salahnya Majlis Syura Ulama, dalam mentafsirkan perlembagaan (PAS), apa salahnya Luham dirujuk untuk membantu Majlis Syura Ulama untuk memberi tafsiran (terbaik).

"Majlis Syura Ulama mesti mengetahui kaedah pentafsiran (undang-undang). Tak salah kalau merujuk pentafsiran moden... Perlembagaan PAS mengikuti semangat daripada Al-Quran," katanya dalam ucapannya.

Kata-katanya itu menyebabkan beliau diejek sekali lagi oleh para pemerhati tersebut.

Tindakan pemerhati berkenaan juga menimbulkan kemarahan sebahagian para perwakilan yang berteriak dan meminta kumpulan itu dihalau keluar dari khemah yang menjadi dewan persidangan. -Abdul Rahim Sabri/20/9/14

Berkaitan:

Peguam PAS Tetap Tegaskan Parti Tidak Patut Terima Jawatan MB Walau Diejek

[The Malaysian Insider] PAS meminggirkan rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi ketua kerajaan negeri tidak stabil sekiranya ia menerima jawatan menteri besar Selangor, kata peguam parti itu sementara disampuk berkali-kali oleh ahli yang tidak setuju.

Mohamed Hanipa Maidin meneruskan juga dalam gangguan ejekan dari akar umbi PAS di Muktamar ke-60 supaya beliau dapat memberi pandangannya sebagai peguam mengapa ia bukan idea yang baik bagi parti untuk menjadi menteri besar Selasa ini.

"Jika kita terima jawatan ini, PAS perlu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang kita merupakan parti yang mungkir janji. Jika semua boleh biasakan diri dengan itu, baiklah.

"Tambahan lagi jika kita terima, kita akan mengetuai kerajaan negeri yang tidak stabil dan mungkin menghadapi pilihan raya negeri," kata Hanipa dalam ucapannya hari ini.

"Rakan kita di Pakatan tidak akan menerima parti sebagai menteri besar kerana kita sudah berjanji jawatan itu akan diberi ke PKR."

Semasa beliau memberi pendapatnya, hadirin melaung, "Boleh! Boleh!"

"Boleh apa?" soal Hanipa.

"Jika kita lakukan ini, kita akan hadapi sesuatu yang kita tidak mahu, iaitu pilihan raya negeri.

"Anda boleh boo sepuas hati, boleh jerit sebanyak mana, tetapi saya tidak akan mengalah daripada menyatakan sebab-sebab ini," kata Hanipa yang mengetuai Biro Hak Manusia dan Hal Ehwal Undang-undang parti itu.

Khabar angin seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS akan menjadi menteri besar Selangor baru pada 23 September semakin hangat.

Khabar angin tersebut meretakkan lagi PAS kerana sebahagian pemimpin dan ahli mahu menerima pilihan Sultan jika PAS dilantik.

Yang lain seperti Hanipa percaya ia akan merosakkan hubungan dengan rakan PR dan mengikis kepercayaan awam kepada parti tersebut.

Sehingga kini kepimpinan parti itu belum lagi muncul dengan pendirian rasmi sama ada menerima jawatan tersebut atau tidak. – SHERIDAN MAHAVERA/20 September, 2014.


P/s; Dakwa diri ulama, perangai memalukan Islam.





KENYATAAN PENUH LUHAM

Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pas Pusat (LUHAM) bermesyuarat pada 8 September 2014 bagi membincangkan kenyataan yang dikeluarkan Majlis Syura Ulama (MSU) pada 7 September 2014.

Setelah berbincang dan meneliti segala peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Pas termasuk peruntukan-peruntukan tertentu yang dirujuk MSU di dalam kenyataan rasmi tersebut, LUHAM sebulat suara bersetuju supaya suatu kenyataan rasmi dibuat bagi menyatakan pandangan LUHAM berkenaan isu yang dibangkitkan dalam kenyataan rasmi MSU tersebut.

LUHAM berpendapat bahawa walaupun Fasal 8 (1) (a) Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk menghurai, menjelaskan dan menafsir mana-mana peruntukan perlembagaan di dalam Perlembagaan Pas sepertimana yang dinyatakan MSU di dalam kenyataan rasmi badan itu, namun terdapat dua (2) prasyarat yang perlu dipenuhi sepertimana yang dinyatakan di Fasal 88 (1) Perlembagaan Pas iaitu perlunya ada perselisihan faham dan adanya rujukan secara rasmi kepada MSU terlebih dahulu.

Kemudiannya, jika dilihat kepada Fasal 8 (1) (a) tersebut, peruntukan itu juga menyebut bahawa kuasa menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan Pas itu hanya timbul jika timbulnya kesamaran mengenai maksud dan tujuan mana-mana peruntukan perlembagaan tersebut.

Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsir mana mana peruntukan Perlembagaan Pas jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri.

LUHAM berpendapat tidak salah bagi MSU sepatutnya merujuk kepada LUHAM bagi membantu MSU dalam melaksanakan kuasa yang diberi kepadanya untuk menghurai, menjelas dan menafsir peruntukan dalam Perlembagaan Pas kerana LUHAM adalah lajnah yang telah diamanahkan parti di dalam apa-apa urusan perundangan dan berdasarkan amalan yang berlaku di dalam Pas, segala persoalan undang-undang yang melibatkan parti termasuk dalam memahami peruntukan undang-undang termasuk Perlembagaan parti rujukan lazimnya diajukan kepada LUHAM terlebih dahulu.

Bagi tujuan kenyataan rasmi ini, LUHAM akan menyentuh tentang dua (2) perkara iaitu isu:-

A) Kuasa MSU berdasarkan Perlembagaan Pas dan

B) Kuasa Presiden Pas yang dikatakan MSU sebagai pihak yang mempunyai kuasa pemutus di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS.

Isu pertama

1. Mengenai isu pertama iaitu berkaitan isu bidang kuasa dan kuasa MSU : LUHAM ingin menyatakan bahawa jika dilihat kepada Perlembagaan Pas, kewujudan MSU adalah terhad bagi melaksanakan hasrat berikut iaitu bagi menjamin kekuasaan Pas yang diperuntukan dalam Fasal 7 (2) dan badan-badan yang diberikan kuasa Muktamar Pas tidak keluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) Perlembagaan Pas dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS (Lihat Fasal 8 (1) Perlembagaan Pas).

Adapun kuasa-kuasa MSU diperuntukan di dalam Fasal 8 (1) (a) hingga (c) Perlembagaan Pas.

2. Menjadi pengetahuan umum bahawa MSU (di atas sebab yang hanya diketahui oleh badan itu) turut sama terlibat dalam isu pemilihan calon MB Selangor.

Ini boleh dilihat dalam beberapa kenyataan rasmi yang dibuat MSU berhubung perkara tersebut.

Persoalan yang timbul adalah, adakah Perlembagaan Pas memberi kuasa kepada MSU untuk berbuat demikian?

3. LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan MB Selangor. Alasan LUHAM adalah seperti berikut.

4. Isu pelantikan MB Selangor tidak melibatkan perkara yang bertentangan dengan kehendak-kehendak Fasal 7 (1) Perlembagaan Pas dan juga tidak berlawanan dengan dasar Pas.

Satu fakta yang tidak dipertikaikan adalah Pas bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kerjasama tersebut disahkan Muktamar Pas dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan. Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan Pas, kekuasaan Pas adalah dipegang Muktamar Pas.

Memandangkan Muktamar Pas sebagai kuasa tertinggi dalam Pas memutuskan bahawa Pas bertahaluf dengan PR maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka MSU mahupun Pas mesti bertindak selari dengan ketetapan Mukamar Pas tersebut.

5. Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah presiden membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada Pas sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong MSU).
Sedangkan, presiden sendiri sebelum ini menyatakan bahawa Pas tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR.

LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa Pas bertahaluf dengan PR.

Justeru, apabila nama Adun Pas turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian Pas di dalam PR itu sendiri?

Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri?

Justeru, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan muktamar ini yang perlu kepada tafsiran MSU.

6. Isu pelantikan MB Selangor juga tidak melibatkan keperluan untuk MSU menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan PAS.

Maka LUHAM tidak nampak apakah keperluan atau justifikasi untuk MSU terlibat dalam perkara yang tidak termasuk dalam bidangkuasa badan tersebut sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan Pas.

7. Hatta, jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

8. Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (referral) dan bukan kuasa of first instance atau kuasa yang sedia ada (inherent).

Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan Pas berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat ahli jawatankuasa Pas Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan Pas, maka, tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah “non-starter".

9. Apa yang jelas isu mengenai pelantikan MB Selangor adalah melibatkan isu penyusunan, pengaturan dan perlaksanaan strategi politik yang jelas di bawah bidangkuasa ahli jawatankuasa Pas Pusat sepertimana yang diperuntukkan di bawah Fasal 26 (9) (a) Perlembagaan Pas.

10. LUHAM kembali merujuk kepada dua (2) prasyarat di dalam Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS yang tidak pun dipenuhi sebelum MSU mengeluarkan penafsiran tersebut.

Ini adalah kerana kuasa presiden adalah jelas dinyatakan secara bertulis di dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS.

Sehubungan itu, jika MSU ingin menambah kuasa presiden yang tidak dinyatakan secara bertulis di dalam perlembagaan, maka perlulah dibuat pindaan perlembagaan bagi tujuan tersebut di dalam Muktamar.

Isu kedua

11. Isu ini melibatkan kuasa presiden dalam kerangka Perlembagaan Pas.

LUHAM merasa terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi berkenaan isu kedua ini kerana LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, membuat kenyataan yang tidak tepat mengenai kuasa presiden dalam kenyataan rasmi MSU yang dibuat pada 7 September 2014.

12. Dalam kenyataan rasminya itu, MSU menyatakan bahawa presiden Pas mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS. Dalam konteks isu pemilihan MB Selangor, kenyataan MSU itu boleh difahami bahawa kuasa presiden sebagai kuasa pemutus termasuk kuasa beliau membuat keputusan memutuskan siapakah calon MB Selangor yang beliau rasakan wajar diangkat kepada D.Y.M.M Sultan Selangor dan keputusan beliau itu adalah mewakili keputusan Pas dan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dalam Pas.

Dengan perkataan lain kuasa pemutus presiden yang ditafsir MSU adalah termasuk kuasa membuat apa-apa keputusan tanpa bermesyuarat atau berunding dengan anggota-angota permesyuaratan dalam Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

13. Dalam konteks fakta kes yang melatari kenyataan MSU itu, MSU berpendapat meskipun selepas mesyuarat pada 17 dan 25 Ogos 2014, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bermesyuarat dan membuat keputusan berhubung isu pelantikan MB Selangor, sebarang keputusan presiden secara bersendiri tanpa merujuk dan tanpa mesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas kedua-dua tarikh tersebut termasuk membuat keputusan yang sama sekali berbeza dari segi matan dan ruh keputusan pada kedua-dua tarikh tersebut adalah sah dan mesti dipatuhi.

14. Lanjutan dari kuasa pemutus residen yang ditafsir MSU tersebut, maka MSU juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan bagi ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjalankan arahan dan tugas dari presiden tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Fasal 26 (9) (m) Perlembagaan PAS.

15. Dengan penuh hormat, LUHAM berpendapat, tafsiran yang diberikan MSU berkenaan kuasa presiden tersebut dibuat atas premis yang salah maka kenyataan yang keluar dari premis yang salah itu amat amat sukar untuk dipertahankan.

16. Kenyataan MSU berhubung kuasa pemutus presiden tersebut dibuat atas premis jawatan presiden dalam Perlembagaan Pas adalah satu jawatan yang berdiri secara sendiri dan terpisah dengan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Kenyataan MSU malangnya bertentangan sama sekali dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Pas dan juga bertentangan dengan ruh, matan dan niat Perlembagaan Pas itu sendiri.

17. LUHAM berpendapat tidak wujud apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Pas mengenai jawatan presiden secara bersendiri. Sebaliknya jawatan Presiden Pas adalah termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan Pas iaitu dibawah kepala "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat".

18. Jika dilihat kepada Fasal 26 tersebut, adalah jelas bahawa jawatan presiden diletakkan di bawah satu bumbung Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di mana presiden adalah salah satu anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tersebut di samping timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausahan agung, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya dan ahli-ahli jawatankuasa kerja yang dipilih dalam Muktamar Pas dan dilantik berdasarkan Perlembagaan Pas.

19. Fasal 25 (1) Perlembagaan Pas secara jelas menyatakan keanggotaan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di mana salah seorang anggota Jawatankuasa Kerja tersebut adalah presiden Pas.

20. Berdasarkan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan PAS tersebut, adalah jelas niat penggubal Perlembagaan PAS adalah tidak memisahkan jawatan presiden dari Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan bertolak dari hal tersebut, idea bahawa presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara dengan mengenepikan anggota-anggota permesyuaratan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah suatu yang amat asing dalam PAS dan secara jelas tidak mengikuti peruntukan jelas, ruh dan niat Perlembagaan Pas.

21. Memandangkan jawatan presiden termasuk dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Perlembagaan PAS mempromosi prinsip konsultasi dan permesyuaratan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat maka apa sahaja peruntukan yang menggariskan kuasa dan peranan presiden dalam Perlembagaan PAS harus dibaca atas prinsip yang dinyatakan tersebut.

22. Apatah lagi, Fasal 27 (5) Perlembagaan PAS sendiri mengesahkan bahawa Dewan Harian (di mana presiden sendiri adalah termasuk di dalam Dewan Harian) hanya melaksanakan tugas-tugas yang diperturunkan kuasanya Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Justeru, mana mungkin ahli-ahli Dewan Harian melangkaui tugas-tugas yang diperturunkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kepadanya.

23. LUHAM juga berpendapat apa sahaja peruntukan mengenai kuasa dan peranan presiden harus dibaca secara harmoni dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan PAS bagi mencapai hasrat dan prinsip yang digariskan tersebut.

24. Sehubungan itu LUHAM berpendapat bahwa MSU, dengan penuh hormat, tersilap menyatakan bahawa kuasa Presiden di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa yang bersifat mutlak atau “veto”. Dengan lain perkataan, jika kita menerima tafsiran MSU tersebut, presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sekaligus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.

25. Hakikat bahawa presiden sewajarnya mengamalkan prinsip permesyuaratan dan konsultasi dengan anggota-angota lain dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat boleh dilihat dalam beberapa peruntukan lain dalam Perlembagaan PAS Pusat.

26. Sebagai contoh di dalam Fasal 26 (1) (c), meskipun ia termasuk dalam peruntukan mengenai kuasa presiden, fasal tersebut menyatakan bahawa persetujuan mesyuarat Kerja PAS Pusat perlu diperolehi dalam pelantikan jawatan-jawatan tertentu dalam PAS.

27. Jika dilihat kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepada timbalan presiden PAS dan naib-naib presiden PAS sepertimana yang diperuntukkan masing-masing di bawah Fasal 26 (2) (a) dan (3) (a) Perlembagaan PAS adalah bagi membantu tugas-tugas presiden. Bagaimanakah timbalan presiden dan naib-naib presiden boleh menjalankan peranan mereka bagi membantu presiden bagi membuat atau mencapai satu keputusan jika mereka tidak dilibatkan dalam mesyuarat bagi membuat satu-satu keputusan bagi kepentingan parti?

28. Begitu juga jika dilihat kepada Fasal 27 iaitu peruntukan mengenai tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Pusat, yang mana presiden salah seorang anggota Jawatankuasa Harian tersebut, adalah jelas di bawah Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS, diperuntukan "semua keputusan dan tindakan yang dibuat jawatankuasa ini mengikut ceraian (1) , (2), (3) dan (4) fasal ini hendaklah dimaklumkan dan disahkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.”

29. LUHAM berpendapat, berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas dan juga peruntukan yang dinukilkan di atas, adalah jelas bahawa jawatan presiden tidak mempunyai kuasa pemutus di luar mesyuarat atau tanpa bermesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara sehingga ke tahap presiden tidak perlu mengendahkan atau memanggil atau mengadakan mesyuarat terlebih dahulu dengan anggota-anggota lain di dalam Jawankuasa Kerja PAS Pusat.

30. Berdasarkan kepada Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS yang dinyatakan di atas, adalah jelas dinyatakan bahawa keputusan Dewan Harian yang merangkumi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha agung dan sebagainya perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa kerja PAS Pusat untuk kelulusan. Justeru, adalah aneh sekali apabila presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya. Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan calon MB di kalangan Adun PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli-ahli Dewan Harian yang lain.

31. LUHAM berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan ruh, matan dan niat Perlembagaan PAS.

32. LUHAM juga berpendapat jawatan presiden dalam PAS adalah berkonsep "Constitutional Presidency" (Presiden Berperlembagaan) iaitu kuasa dan peranannya dihadkan Perlembagaan maka sebarang tafsiran yang keluar dari konsep atau doktrin tersebut adalah tafsiran yang amat asing dan tidak boleh dipertahankan ("unsustainable").

33. Sayugia dinyatakan di sini, dalam menafsirkan perlembagaan khususnya yang menyentuh isu kuasa dan bagaimana kuasa itu dilaksanakan nasihat dari Lord Acton yang dinukilkan Almarhum Raja Azlan Shah dalam kes Sri Lempah Enterprise v Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan amat relevan untuk diperhati "Power corrupts and absolute power corrupts absolutely".

34. LUHAM juga ingin merujuk kepada petikan Kertas Pindaan Perlembagaan PAS pada tahun 1983 di mana pindaan dibuat untuk tidak memusatkan kuasa kepada presiden (secara bersendirian atau tanpa bermesyuarat dan mencapai persetujuan dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terlebih dahulu). Pindaan dibuat untuk mengubahsuai beberapa perkara yang berkaitan dengan tugas presiden untuk mewujudkan tanggungjawab bersama dan berasaskan syura dalam mengendalikan urusan parti dan menghapuskan pemusatan kuasa kepada individu yang boleh menghalang segala langkah dan tindakan yang boleh diambil melalui syura.

35. Penjelasan yang diberikan LUHAM ini dibuat demi kebaikan parti dalam jangka masa yang panjang. LUHAM khuatir kita akan membuat duluan (precedent) yang tidak baik kepada generasi selepas ini yang memungkinkan mereka mengikut duluan ini tanpa usul periksa yang akhirnya membuatkan parti huru-hara dan hilang integritinya sebagai parti yang berprinsip dan Jemaah yang berdisiplin.

36. LUHAM sama sekali tidak merendahkan ketinggian MSU dalam Pas.

Namun sebagai lajnah yang diamanahkan dalam isu-isu perundangan, maka adalah menjadi tanggungjawab LUHAM untuk memberi pandangan atau menegur sesuatu yang dilihat melanggar peruntukan perlembagaan yang kita semua sepakati bersama, walaupun teguran ini agak pahit untuk ditelan.

37. Kenyataan rasmi ini adalah mewakili LUHAM di mana ahli lajnahnya secara kolektif bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala keputusan, pandangan dan komentar seperti yang dinyatakan di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH