Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 10 Januari 2016

Kes Palsukan Penculikan Diri: Remaja Lain Pula Mengaku Rogol Dua Tahun Lepas



KLANG: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret (Juvana) di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lepas.

Pemuda berusia 16 tahun itu dan tidak bersekolah sejak April tahun lepas, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya sebanyak dua kali di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad.

Terdahulu, remaja lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan kali pertama namun, dia serta ibu bapanya yang kelihatan keliru dengan pertuduhan itu, diperintah berbincang semasa mahkamah menangguhkan prosiding sebentar.

Semalam, dia dihadapkan di mahkamah sama atas tuduhan itu namun tidak direkodkan pengakuannya berikutan penjaganya yang sah tidak hadir semasa pendakwaan kes dijalankan, menyebabkan kes itu disebut semula semalam.

Mengikut kertas pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol gadis itu di Bandar Sultan Suleiman kira-kira 12 tengah hari sekitar Disember 2014, yang ketika itu remaja perempuan berkenaan berumur 13 tahun enam bulan.

Remaja lelaki itu yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali mewakili pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM1,000 dengan dua penjamin, iaitu ibu dan bapa remaja lelaki itu yang masing-masing pekerja kilang dan buruh.

Nor Asma turut mengarahkan remaja lelaki itu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu dan menetapkan Khamis depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu penyerahan laporan akhlak tertuduh.

Kelmarin, remaja perempuan yang berumur 15 tahun itu, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi maklumat palsu mengenai kehilangannya di mahkamah sama, dengan mereka-reka cerita kononnya dirinya diculik dua lelaki di Bandar Sultan Suleiman di sini minggu lepas.- Bernama/8/1/16


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH