Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 10 Januari 2016

'Pemimpin utama Harapan di Sg Buloh, bukan Gua Musang atau Pagoh' - Mat Sabu



Pemimpin utama Pakatan Harapan adalah yang berada di penjara Sungai Buloh, bukan dari Gua Musang atau Pagoh seperti yang dispekulasikan, kata seorang pemimpin kanan pakatan itu.

Presiden Amanah Mohamad Sabu menegaskan demikian ketika partinya, bersama-sama dengan DAP, mengulangi sokongan mereka kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara, sebagai pemimpin utama mereka.

"Amanah telah bersetuju bahawa pimpinan utama kita adalah yang berada di penjara Sungai Buloh. Kami tidak mencari calon lain, sama ada dari Gua Musang atau Pagoh," katanya.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, ternyata Mat Sabu menolak spekulasi bahawa Harapan akan mengintai kalangan pemimpin Umno yang tidak berpuas hati dengan parti pemerintah itu.

Spekulasi telah menamakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas timbalan perdana menteri yang juga ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Di bawah bayangan Anwar'

Penegasan yang berterusan Harapan bahawa Anwar adalah PM pilihan mereka, bagaimanapun, mungkin bercanggah dengan apa yang Anwar sendiri telah menasihatkan mereka lakukan.

Pada sidang kemuncak yang pertama kepimpinan peringkat tinggi gabungan itu di Shah Alam hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menceritakan bahawa suami yang sedang menjalani hukuman penjara mahu Harapan belajar dari kesilapan masa lalu.

Pakatan pembangkang sebelum ini - Pakatan Rakyat - sering dikritik kerana pendiriannya 'bersetuju untuk tidak bersetuju' atas isu-isu utama, dan juga terlalu bergantung kepada Anwar.

Tetapi ketika mereka telah mengallihkan pendirian mereka kepada sama ada 'bersetuju atau dibuang" seperti yang diumumkan pagi ini, Pakatan Harapan masih belum keluar dari bayang-bayang Anwar.

Pembangkang boleh berhujah bahawa jika mereka mengambil alih Putrajaya, mereka akan segera mendapatkan pengampunan dan membebaskan Anwar, sebelum mendapatkan seorang wakil rakyat mereka berundur untuk membolehkan Anwar bertanding bagi dipilih semula.

Wan Azizah menggantikan Anwar sebagai ketua pembangkang, dan mungkin akan menjadi perdana menteri sementara sebelum suaminya datang.

Bagaimanapun, kemahiran kepimpinan beliau dipersoalkan dan pada masa lalu, terdapat kes di mana DAP pun bertindak sendiri tanpa melalui beliau.

Ini termasuk pengumumann Lim Kit Siang bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur dan kabinet bayangan DAP sendiri ditubuhkan tanpa PKR atau PAS.

Jadi tanpa seseorang segagah Anwar, Harapan tiada pemimpin utama dan diketuai oleh sebuah jawatankuasa, dan ketiadaan seorang pemimpin yang mampu membuat keputusan tegas bagi menyelesaikan perbezaan pendapat.

Ini membuat mereka terdedah kepada pergeseran yang boleh memecah belah mereka. - Malaysia Kini/9/11/16


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH