Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , , ,

Jumaat, 15 Januari 2016

[Video] Serangan di Jakarta: Dalangnya Dulu Tauke Kafe Siber, Kini Mahu Jadi Ketua Daesh Serantau



JAKARTA – Tujuh tahun lalu, Muhammad Bahrun Naim Anggit pernah mengendalikan sebuah kafe internet di Solo, sebuah bandar kecil yang kini dinamakan sebagai Surakarta di wilayah Jawa Tengah, Indonesia.

Namun pada 14 Januari, Bahrun dikenal pasti oleh pasukan polis republik tersebut sebagai dalang di sebalik serangan maut di pusat bandar Jakarta yang mengorbankan dua orang awam dan lima pengganas.

Daesh atau juga disebut sebagai IS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang dirancang oleh Bahrun langsung dari Raqqa, yang merupakan kubu kuat kumpulan militan antarabangsa tersebut di Syria.

Menerusi catatan dalam blognya, Bahrun digambarkan sebagai seorang ‘wartawan bebas’ yang menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama, dengan pengkhususan terjadap isu politik, strategi dan risikan.

Bahrun juga dilaporkan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik komputer. Menurut catatan di blog yang sama, dia dilahirkan pada tahun 1983 dan dipercayai berasal dari Pekalongan di wilayah Jawa Tengah.

Sebelum ini, dia pernah ditangkap oleh pihak polis Indonesia pada tahun 2011 kerana didapati memiliki senjata api secara haram dan dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah tempatan selama tiga tahun.

Menurut polis lagi, sejak itu dia dikesan muncul sebagai anggota kanan kumpulan militan pengganas di Solo dan serata pulau Jawa malah setahun lalu, Bahrun berjaya pergi ke Syria untuk menyertai Daesh.

Polis mempercayai bahawa dia terlibat dalam mendalangi serangan nekad yang dilancarkan lewat pagi Khamis iaitu serangan pertama Daesh di bumi Indonesia, negara yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam.

Indonesia juga menjadi sasaran Daesh bagi menubuhkan kubu kuat mereka di benua Asia setelah serangan maut berselaras yang dilancarkan di beberapa lokasi di Paris, Perancis pada bulan November tahun lalu.

Bahrun pernah memuat naik catatan di blognya, menjelaskan kepada para pengikutnya betapa mudahnya untuk mengubah taktik dari “jihad” kepada “perang gerila” dalam sebuah bandar raya seperti Jakarta.

Pada 24 November lalu, agensi berita antarabangsa Reuters berjaya menghubungi Bahrun melalui aplikasi Telegram, dengan menggunakan maklumat rahsia yang diberikan oleh salah seorang kenalannya.

Melalui khidmat penghantaran mesej tersebut, dia yakin ada mengatakan terdapat begitu ramai penyokong Daesh bersiap siaga bagi “melancarkan serangan” secara mengejut di seluruh Indonesia.

“Hanya tunggu masa yang tepat,” kata Bahrun yang tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komennya semalam. Pegawai antipengganas percaya ada 1,000 penyokong kumpulan Daesh di merata Indonesia.

Menurut pakar risikan, tidak lama selepas dihubungi melalui Telegram, para pegawai mula mendapat tanda-tanda melalui sudut-sudut sembang secara online bahawa Indonesia akan diserang pada bila-bila masa sahaja.

Namun melalui pemantauan polis, puluhan lelaki yang disyaki merancang untuk melancarkan serangan pada cuti Hari Krismas 2015 dan Tahun Baharu 2016 berjaya diberkas di merata tempat di pulau Jawa.

Bahan-bahan pembuatan bom dan jaket pengebom berani mati malah buku panduan manual serangan nekad bunuh diri dijumpai sewaktu serbuan dilakukan pihak polis antipengganas Indonesia.


Menurut polis, sebahagian daripada mereka yang diberkas itu pernah menerima dana dan sokongan daripada Bahrun, yang mempercayai bahawa Indonesia perlu ditadbir mengikut fahaman keras ala Daesh.

Bahrun sudah lama rancang melancarkan serangan ke atas ibu kota Jakarta, menurut Ketua Polis Metro Jaya, Tito Karvanian dengan menambah bahawa Bahrun memang bercita-cita menjadi ‘ketua Daesh’ di Asia Tenggara.

Bagaimanapun menurut Sidney Jones, seorang pakar mengenai pengganas yang berpangkalan di Jakarta, di Institut Analisis Dasar Konflik, kemungkinan Indonesia diserang pada skala sebesar serangan di Paris adalah tipis.

Namun beliau memberi amaran bahawa ancaman serangan ke atas negara itu makin meningkat dan menekankan bahawa di dalam satu catatan blog Bahrun yang bertajuk “Pengajaran boleh ditimba dari serangan di Paris”.

Bahrun menggesa para pembaca fanatik blognya di Indonesia supaya meneliti perancangan, sasaran, masa, penyelarasan, keselamatan dan keberanian anggota militan Daesh berjuang di ibu kota Perancis itu.

Oleh itu, para pakar berkata jumlah kematian yang kecil dalam serangan di Jakarta itu menunjukkan anggota militan Daesh di Indonesia sebenarnya yang kurang kelengkapan senjata dan latihan belum mencukupi.

Melalui pertukaran Telegram dengan Reuters, Bahrun pernah menceritakan tentang perkara biasa, menjelaskan bahawa dia sedang menikmati kehidupan selesa di Syria dan tidak merancang untuk pulang ke Indonesia.

“Saya berpindah-randah, bergantung arahan daripada ketua kami. Di Syria semua baik sahaja. Ada elektrik, rumah, air dan semua percuma. Khidmat disediakan bagus, murah berbanding di Indonesia,” kata Bahrun.– Reuters/Mynewshub.cc/HAA/15/1/2016




Berkaitan:

Daesh Dakwa Bertanggungjawab Serang Jakarta


Orang ramai melihat lokasi mayat mangsa serangan bom di Jakarta, petang tadi. Kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - Foto EPA


JAKARTA – Kumpulan yang menyokong Daesh atau juga disebut IS mengedarkan dakwaan menyatakan mereka bertanggungjawab melakukan serangan di Jakarta pada Khamis.


Serangan nekad tersebut menyaksikan lima penyerang serta dua orang awam – seorang warga Kanada dan seorang rakyat Indonesia terbunuh – manakala 20 lagi disahkan cedera.

Dakwaan itu disiarkan menerusi Twitter lewat Khamis dan menurut laporan SITE Intelligence Group di Amerika Syarikat, dakwaan ini juga diedarkan melalui Telegram.

Pesanan dalam dakwaan itu menyatakan lima penyerang melakukan serangan serta memasang beberapa bom penetap masa selain penyerang nekad yang memakai tali pinggang bom membawa senjata ringan.

Dakwaan itu tidak dapat disahkan, namun ia menyamai dakwaan oleh sebelum ini yang dihantar oleh pihak Daesh sendiri kepada pihak berkuasa Indonesia.

Bagaimanapun, polis Indonesia mengesahkan empat penyerang, bukannya lima orang yang melakukan serangan itu dan semua mati dengan meletupkan diri sendiri selain tiada bom penetap masa.

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York menyatakan seorang rakyat Belanda yang cedera parah dalam serangan itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut PBB, lelaki tersebut sebenarnya adalah anggota pasukan hutan dan ekosistem PBB di Jakarta. – AP/myMetro Online/15/1/16


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH