Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Sabtu, 16 Januari 2016

Pakatan Harapan Gesa Tindakan Tegas Pencetus Insiden SJKC Pai Chee




Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada pihak yang mencetuskan ketegangan antara kaum dan bersetuju cadangan Sultan Johor agar pencetus perkauman dihalau dari negeri itu, kata Pakatan Harapan negeri Johor.

Dalam satu kenyataan Pakatan menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor pada 16 September 2015 yang menolak unsur perkauman.

"Pakatan Harapan Johor meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mencetuskan ketegangan antara kaum tanpa pilih kasih.

"Baginda juga bertitah supaya pihak yang mengamalkan sikap perkauman keluar dari Johor serta merta," katanya dalam satu kenyataan.

Mengambil berat insiden yang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing baru-baru ini, Pakatan Johor bersetuju supaya masa diberikan kepada pasukan khas ditubuhkan Kementerian Pelajaran untuk melengkapkan siasatannya.

"Masa juga perlu diberikan kepada pihak polis yang membuka siasatan di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan daripada kedua-dua pihak ini diharap akan dapat mengenal pasti secara tepat punca insiden tersebut dan tindakan yang tegas di sisi undang-undang perlu diambil kepada pihak yang didapati bersalah tanpa pilih kasih," kata kenyataan yang ditandatangani Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, Aminolhuda Hassan; Ketua Pembangkang DAP Johor, Gan Peck Cheng dan Pengerusi PKR Johor Hassan Karim.

Tambah mereka, semua kenyataan yang mengaitkan sentimen perkauman adalah pra-matang dan bersifat simplistik.

"Ia akan hanya mengeruhkan lagi keadaan sebelum punca sebenar daripada hasil siasatan lengkap dapat diperoleh," kata mereka.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan memindahkan guru besar sekolah berkenaan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) buat sementara waktu hingga siasatan berhubung isu penghinaan yang didakwa berunsur rasis berlaku di sekolah itu, selesai.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata 3 lagi guru sekolah berkenaan yang terbabit dalam isu sama akan dipindahkan.

Kelmarin, seorang daripada 3 guru berkenaan membuat laporan polis kononnya pihak sekolah tidak melindunginya dalam beberapa insiden kekecohan dan dihina anak murid dan ibu bapa.

Salinan laporan polis itu turut menjadi viral di laman sosial.

Dalam laporan itu, guru berkenaan mendakwa dia dan 2 lagi guru di sekolah itu pernah dihalau guru besar yang didakwa menggunakan kata-kata berunsur rasis, selain turut menemui PPD untuk meminta ketiga-tiga guru itu dipindahkan. – The Malaysian Insider/16 Januari, 2016.


KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN (PH) JOHOR BERHUBUNG ISU SJKC PAI CHEE DI MERSING.

16 Januari 2016

1. Pakatan Harapan (PH) Johor menyokong sepenuhnya titah DYMM Sultan Johor pada 16 September 2015 yang menolak unsur perkauman dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas keatas pihak yang mencetuskan ketegangan antara kaum tanpa pilih kasih. Baginda juga bertitah supaya pihak yang mengamalkan sikap perkauman keluar daripada negeri Johor serta merta.


2. PH Johor mengambil berat insiden yang berlaku di SJKC Pai Chee, Mersing baru-baru ini.

3. PH Johor berpendirian bahawa sebelum sebarang tindakan atau kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak, maklumat yang tepat mesti diperolehi terlebih dahulu.

4. Oleh itu PH Johor bersetuju supaya masa diberikan kepada Pasukan Khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk melengkapkan siasatannya. Masa juga perlu diberikan kepada pihak Polis yang telah membuka siasatan dibawal Seksyen 509, Kanun Kesiksaan. Hasil siasatan daripada kedua-dua pihak ini diharap akan dapat mengenalpasti secara tepat punca insiden tersebut dan tindakan yang tegas disisi undang-undang perlu diambil kepada pihak yang didapati bersalah tanpa pilih kasih.

5. Kenyataan-kenyataan yang mengaitkan insiden ini dengan sentimen perkauman adalah pra-matang dan bersifat simplistik. Ia akan hanya mengeruhkan lagi keadaan sebelum punca sebenar dari hasil siasatan lengkap dapat diperolehi.

YB HJ AMINOLHUDA HASSAN
Pengerusi AMANAH Johor

YB GAN PECK CHENG
Ketua Pembangkang DUN Johor
Setiausaha DAP Johor

TN. HJ. HASSAN KARIM
Pengerusi KEADILAN Johor

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH