Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , , ,

Sabtu, 16 Januari 2016

Polis Dedah Identiti Pengganas Serangan di Jakarta



JAKARTA: Polis pada Sabtu mengesahkan seorang daripada lima suspek pengganas yang maut dalam serangan bom dan senjata api di Jalan MH Thamrin pada Khamis lepas adalah antara orang yang pernah dipenjarakan kerana terbabit dengan aktiviti keganasan. 

Afif atau dikenali sebagai Sunakin, 30-an, pernah dipenjara kerana terbabit dalam latihan pengganas dalam satu serbuan di Aceh pada tahun 2010. 

Ketua Hubungan Manusia Polis Daerah Metro Jaya M. Iqbal memberitahu pemberita di sini hari ini, selain dari Afif, empat lagi suspek pengganas yang disahkan maut itu ialah Sugito, 43, Dian Joni Krniadi, 26, Muhamad Ali, 40, dan Ahmad Muhazan Saron, 25. 

Mayat mereka disahkan menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan setelah selesai bedah siasat di hospital Sukanto di sini pada Jumaat. 

Katanya, mayat Afif dan Mohamad Ali ditemui dalam Kafe Starbucks manakala selebihnya adalah di kawasan letak kereta di tempat kejadian di Gedung Cakrawala dan di berhampiran pondok polis di simpang Jalan Thamrin itu. 

Dua orang awam yang terkorban pula ialah seorang lelaki rakyat Kanada, Amer Quali Tahar, 60, dan rakyat tempatan yang dikenali sebagai Rico, 26. 

Taher dipercayai ditembak oleh salah seorang pengganas dan ketika kejadian beliau berada di kawasan letak kereta di hadapan kafe Starbucks manakala mayat Rico ditemui di tepi pondok polis. 

Dalam kejadian serangan bom dan senjata api pagi Khamis lepas, tujuh orang mati termasuk lima daripadanya adalah suspek pengganas, manakala lebih 30 orang termasuk lima anggota polis dilaporkan parah. 

Pada Jumaat, Ketua Polis Republik Indonesia, Badrodin Haiti berkata, hasil siasatan mendapati pengganas terbabit mendapat dana daripada rangkaian pengganas di Syria. 

Katanya, sejumlah wang telah dikirimkan melalui pengikut-pengikut lelaki yang disyaki dalang serangan bom itu Muhammad Bahrun Naim. 

Beliau berkata, rangkaian pengikut Muhammad Bahrun adalah puluhan orang sebelum dana itu sampai kepada suspek pengganas yang melalukan serangan tersebut. 

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati orang ramai terus berkumpul di tempat kejadian dan menyertai satu perhimpunan yang dikenali sebagai "KamiTidak Takut" sebagai membuktikan rakyat Indonesia bersatu menentang keganasan. 

Salah seorang peserta Yenny Wahid dari Institut Wahid berkata, tujuan perhimpunan itu adalah menunjukkan solidariti rakyat bersama pihak berkuasa untuk menentang aktiviti pengganas dan mahukan negara ini aman. 

Katanya, rakyat tidak harus takut dengan kumpulan pengganas sebaliknya akanberusaha untuk membanteras sebarang aktiviti keganasan dengan memberi kerjasama kepada polis. -Bernama/16/1/16


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH