Makan Telur Cacing Untuk Kuruskan Badan. Jangan Cuba!
Saya petik:
[HM] BEIJING: Pelajar perempuan di Xiamen, China dilapor memakan telur cacing bulat untuk mengurangkan berat badan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.P/s: Saya kata jangan cuba kerana anda tidak tahu jenis telur cacing yang dimakan oleh pelajar di China. Saya katan jangan cuba sebab banyak orang sanggup mrelakukan apa-apa sahaja untuk kurus. Saya cakap jangan cuba sebab banyak orang yang maut kerana mencuba cara singkat untuk kurus. Jadi, saudara-saudari, jangan cuba!
Telur berkenaan akan menetas di dalam perut, membolehkan mereka yang memakannya menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau berdiet.
Dengan kekurangan pekerjaan di seluruh negara itu, wanita China berdepan dengan tekanan untuk kelihatan kurus jika ingin mendapat peluang pekerjaan, Sebahagian pelajar pula merenung gambar selama beberapa jam dengan hasrat mengekang selera makan sebagai cara untuk melangsingkan badan.
Seorang pelajar, Xiaomei berkata, beberapa rakannya menggunakan sabun khas yang dapat membantu diet mereka. Ada juga yang mandi sehingga 10 kali sehari. - Agensi


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.