[Kemas Kini] Mudahnya Artis Terjebak dengan ZINA
Saya petik:
[Kosmo] KASIHAN sungguh Diva dengar cerita ini. Khabarnya, seorang pelakon jelita berstatus ibu tunggal bertemu cinta baru dengan seorang duda muda yang kaya raya sejak beberapa bulan lalu. Mereka dikatakan cukup romantis apatah lagi setelah aksi mesra mereka yang boleh dipetik dengan jari.
Dengarnya, selebriti berkulit putih melepak itu bahagia bukan kepalang selepas bertemu cinta dengan pemuda yang dianggapnya sebagai budiman. Memandu kereta mewah dan memakai barang berjenama dari atas hingga ke bawah, siapa sahaja yang pasti jatuh cinta dengan lelaki tersebut, termasuk Diva.
Tapi, sahabat Diva yang kebetulan berkawan dengan teman lelaki artis itu baru-baru ini memecahkan tembelang. Mereka sebenarnya sudah tidak lagi berkawan selepas pelakon itu mengetahui si buah hati, sebenarnya kasanova. Tidak hanya itu, lelaki tersebut dikenali sebagai kaki tipu di kalangan teman dan bekas teman wanitanya.
Apa yang pasti, pelakon bersuara manja itu kecewa habis kerana baru mengetahui dirinya selama ini menjadi 'objek penyedap' si lelaki gatal itu. Ingat benar-benar cinta, maka tidak hairan apabila pelakon itu rela menyerahkan jiwa dan raga buat teman lelakinya. Padahal, dia dijadikan tempat melampias nafsu sahaja.
Paling teruk, lelaki itu dengan selamba mencanang penuh bangga kepada kawan-kawannya tentang hubungan mereka termasuk babak di ranjang. Malah, dia mengaku tidak pernah mencintai pelakon itu sepanjang perkenalan mereka. Tapi, artis itu sendiri sudah tangkap cinta hingga sanggup menyerah tubuh.
Kini, lelaki itu dalam proses 'mengayat' kawan Diva berusia awal 20-an yang boleh tahan jelit.
Apa lagi, Diva terus menasihati kawan kesayangan ini agar tidak sesekali mudah terpikat dengan mulut manis lelaki buaya darat itu. Ibarat habis madu, sepah dibuang. Tolonglah!
P/s: Cerita di atas adalah sebahagian daripada cerita artis yang sebahagiannya cukup sinonim dengan cara hidup lahanat seperti bersekedudukan, minum minuman keras, berparti sakan, dan sebagainya. Ya mungkin sebahagiannya hanyalah berupa gosip atau khabar angin. Namun sebahagiannya telah dibuktikan dengan gambar dan sebagainya. Namun, jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.
Kata orang, frasa "Terimalah saya seadanya" merupakan sesuatu yang seolah-olah wajib diucapkan oleh seseorang artis yang mahu berkahwin! Betulkah begitu?
Alahai!


Artis Malaysia terlalu ramai yang HINA dan KEJI... ramai yang boleh dihukum rejam dan sebat...
terimalah saya seadanya? terimalah apabila ALLAH menjatuhkan hukuman di neraka...