Potong Burung, Campak ke Taman
Sebelum ini saya ada menyiarkan cerita lelaki yang memotong kemaluannya kerana mahu menguasai ilmu kung funya. Kejadian yang berlaku daerah Jilin, China itu menyebabkan lelaki tersebut pengsan kerana menahan kesakitan. Dia mendapat ilham untuk berbuat demikian selepas mendakwa mendapat arahan daripada sifunya melalui mimpi.
Hari ini diberitakan oleh Agensi bahawa seorang pemuda berusia 22 tahun di Chesterfield, UK dikatakan menjalankan pembedahan membuang alat sulitnya sendiri di rumah sebelum melemparkan organ berkenaan di sebuah taman.
Pemuda yang tidak dikenal pasti identitinya itu menunggu 24 jam sebelum muncul untuk rawatan di unit kecemasan Hospital Diraja Derbyshire.
Ketika tiba di unit kecemasan, pemuda itu memberitahu kakitangan hospital bahawa dia hanya mengalami sedikit kesakitan ekoran pembedahan dilakukannya itu berbanding yang dijangka sebelum ini. Menurut jurucakap Hospital Diraja Derbyshire, kes pemuda itu luar biasa.
Pemuda itu meninggalkan hospital sebaik menjalani rawatan dan dia dinasihatkan doktor supaya menemui pakar psikiatri kerana dipercayai mengalami masalah kekeliruan jantina.
Untuk kes ini, doktor pun berasa pelik kerana dia mengaku hanya mengalami sedikit kesakitan, sedangkan lelaki di China itu pengsan kerana menahan kesakitan.
Versi Inggeris berita ini boleh dibaca di sini.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.