Malaysia Masih Tersenarai Negara Dipantau Perdagang Manusia
Amerika Syarikat mengeluarkan Filipina dan Singapura daripada senarai negara dipantau kerana aktiviti pemerdagangan manusia, semalam seperti yang disiarkan oleh AFP.
Mengumumkan Laporan Tahunan Penyeludupan Manusia itu, Setiausaha Negara, Hillary Clinton, berkata sebanyak 27 juta orang - termasuk kanak-kanak - menjadi mangsa penyeludupan untuk aktiviti seksual atau buruh paksa di seluruh dunia.
“Malangnya, kemudahan pengangkutan dan komunikasi global yang mampu mencapai jauh ke kawasan pedalaman, dengan pelbagai janji dan gambaran palsu, kita kini berdepan lebih banyak aktiviti eksploitasi manusia berbanding dulu,” katanya.
Turut dikeluarkan AS dari senarai itu bersama Filipina dan Singapura ialah Laos. Bagaimanapun, Malaysia, Kemboja, Brunei dan Thailand kekal berada dalam senarai dipantau.
shame on malaysia
Comment by Andrik McVean @ Rabu, Jun 29, 2011 2:33:00 PTG