Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 6 April 2012

Motif Pembunuhan Sosilawati Didedahkan di Mahkamah



[BERNAMA] SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu motif bekas peguam N. Pathmanabhan menghapuskan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi adalah kerana tertuduh tidak memiliki wang yang mencukupi bagi menjelaskan cek bernilai RM3 juta untuk dibayar kepada jutawan kosmetik itu, bertarikh 9 September 2010.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berkata Patmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, berdepan tekanan hebat untuk mendapatkan sejumlah wang yang begitu banyak dan dia tahu tidak akan mampu berbuat demikian.

"Penyelesaiannya ialah menghapuskan Datuk Sosilawati dan rakannya," katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan hari ini.

Beliau berkata, cek itu diberikan Patmanabhan kepada Sosilawati untuk urusan penjualan sebidang tanah di Pulau Pinang, selain satu lagi cek bernilai RM4  juta, yang juga bertarikh 9 September 2010.

Saiful Edris juga berkata sebelum ini, anak perempuan Sosilawati iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari memberi keterangan ibunya ke Banting bertemu Patmanabhan bagi membincangkan hal tanah dan untuk mempercepatkan penjelasan cek agar wang itu boleh digunakan sebagai bayaran bonus kepada kakitangannya serta menyambut Hari Raya Adil Fitri pada 10 September 2010.

Beliau berkata Erni menyatakan nilai cek itu ialah RM3 juta.

Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43; Thilaiyalagan, 21; Matan, 22; dan Kathavarayan, 32; didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Saiful berkata keterangan saksi ke-98 iaitu pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo, setakat 30 Ogos 2010,  Patmanabhan hanya mempunyai RM1.38 juta dalam akaunnya. 




  1. datuk susilawati tak matipun dia ada kat london

    gravatar Comment by yusoff @ Jumaat, April 06, 2012 8:39:00 PTG      
  2. motif pembunuhan didedah dimahkamah oleh pihak pendakwa.....dlm kes c4?

    gravatar Comment by kampong lad @ Jumaat, April 06, 2012 10:00:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH