Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 19 Mac 2010

1Juta Gadis, 1Juta Anak Haram


(Lahanatlah kepada orang yang membuang bayi-bayi ini dan bayi-bayi lain yang kebanyakannya kehilangan nyawa angkara perbuatan tersebut.)

Saya petik:


...Yang Dipertua Pusat Perlindungan Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, berkata walaupun baru ditubuhkan sejak lima tahun lalu, pihaknya sudah melindungi seramai 280 remaja belasan tahun berusia antara 11 hingga 18 tahun yang mengandung anak tidak sah taraf.

“Kisah malang gadis kampung itu adalah antara kes remaja mengandung anak tidak sah taraf yang menumpang dan dilindungi di sini dan misi kami adalah menyelamatkan dua nyawa iaitu remaja berkenaan dan bayi dalam kandungannya.
“Pelbagai pengalaman pahit dilalui kumpulan remaja itu sehingga mengandung, antaranya mangsa rogol termasuk perbuatan ahli keluarga sendiri, mengalami masalah sosial sehingga melakukan seks rambang bersama rakan, manakala sebahagian lagi ditipu kekasih atau kenalan.
“Dalam satu masa hanya 15 remaja boleh ditempatkan di pusat perlindungan ini, tetapi setiap tahun, kita menerima sekurang-kurangnya 65 kes dan ada antara permohonan terpaksa ditolak kerana kami tidak berkemampuan menyediakan kemudahan melindungi mereka,” katanya.
Juhaidi berkata, gadis terbabit akan dilindungi di pusat berkenaan sehingga melahirkan anak dan 50 peratus bayi dilahirkan di situ diserahkan kepada keluarga angkat, manakala sebahagian lagi diambil dan dipelihara keluarga gadis itu sendiri.
Beliau berkata, hasil satu kajian dijalankan sebuah universiti tempatan pada 2004 mendapati sejuta gadis bawah 20 tahun di negara ini melahirkan anak tidak sah taraf dan statistik itu cukup membimbangkan dan sewajarnya memerlukan perhatian semua pihak.

“Jangan salah anggap kerana kewujudan pusat perlindungan seperti ini bukan bertujuan menggalakkan persetubuhan haram di kalangan remaja, tetapi kami mahu menyelamatkan dua nyawa dan memberi peluang kedua kepada gadis terbabit,” katanya.



Ah, data itu hanyalah kajian, belum tentu betul atau tidak!

Gila? 1 juta bukanlah satu jumlah yang kecil!

Itu mungkin kata-kata yang keluar dari mulut orang yang enggan menerima hakikat bahawa moral remaja tanpa mengira bangsa di Malaysia ini sudah rosak serosak-rosaknya. Moral remaja kita sememangnya sudah jauh terpesong dan rosak. Itu hakikat!

Cuba buka internet, cari 3gp aksi remaja kita. Fuh, tidak cukup tangan/masa untuk memuatturunkan video-video berkenaan. Bermacam-macam aksi dan watak, daripada aksi anak kampung hinggalah aksi anak hartawan di bandar-bandar dapat ditonton melaui klip-klip video tersebut. Ada klip yang berlokasikan kebun getah, kebun kelapa sawit, stor sekolah, tepi longkang, tangga pangsapuri, hotel bajet hinggalah hotel mewah yang tarafnya berbintang-bintang.

Ada pihak yang "otak geliga" mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran untuk memuatturunkan 3gp-3gp tersebut. Ada yang sudah jadi jutawan (baru-baru ini keluar cerita dalam akhbar), ada pula manusia jenis ini sedang membina empayar "pengeluaran" filem pendek berahi di negara ini.

Cuba baca surat khabar, hampir setiap hari ada sahaja cerita kisah rogol-rela gadis bawah umur di serata Malaysia. Ada yang dirogol, ada yang merelakan diri dirogol, ada juga yang sememangnya ketagih diratah oleh lelaki. Biar apapun "kategori" mereka, hasil perbuatan terlarang tersebut telah menyebabkan mereka mengandung. Kalau sudah mengandung, bayangkanlah apa yang bakal berlaku.

Lagi gerun apabila ada kanak-kanak semuda 10 tahun sudah hilang dara. Lagi hebat, budak berumur 11 tahun pun sudah ada yang menjadi perogol. Apa hendak dikata, cempedak sudah jadi nangka!

Cuba baca surat khabar, hampir setiap bulan ada sahaja kes pembuangan bayi sama ada di tandas, di dalam sungai, di dalam bakul sampal, dan sebagainya. Kejam! Lahanat! Apa tindakan pihak berkuasa?

Mungkin jumlah sejuta gadis bawah 20 tahun (tahun 2004) itu agak besar bagi sesetengah orang. Menteri Hal Ehwal Wanita sudah tentu menafikannya, namun jika dicongak dengan melangkaui batas bangsa dan usia, jumlah itu mungkin hanya sebilangan sahaja. Mungkin lebih!

Bagaimana hendak menangani masalah ini? Laksanakan hukum syariah? Laksanakan hukuman yang lebih berat? Jangan mimpilah bro, hendak menyebat enam kali orang yang minum arak pun tidak jadi-jadi, inikan pula hendak menyebat 100 kali atau merejam sehingga mati penzina yang bersalah (salah satu pendekatan preventif yang berkesan).

Kata SIS, sebat itu kejam dan melanggar hak asasi manusia. Kalau rejam sehingga mati, apa agaknya komen SIS? Akhirnya, pendekatan "nasi sudah menjadi bubur" seperti kaunseling, membina rumah perlindungan, dan sebagainya yang menjadi pilihan. Saya tidak membantah pendekatan sebegitu, tetapi berapa banyak rumah perlindungan yang mahu kita bina? Tidak letihkan mulut kaunselor memberikan nasihat kepada gadis yang sudah terlanjur?

Kita perlukan langkah PREVENTIF! Jika tidak, bertambah-tambahlah anak haram di Malaysia dan hal yang sewaktu dengannya.

  1. Agaknya la kalau anak SIS tu sendiri atau SIS tu sendiri yang kena rogol macammana ya.

    gravatar Comment by Aa @ Sabtu, Mac 20, 2010 10:04:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH