Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 18 Mac 2010

Jepun Beri "AMARAN" kepada Malaysia...


Saya baca tentang hal ini di OpED. Tidak adillah jika saya menulis dan menyatakan bahawa saya yang menemukan dan mengulas berita itu tanpa merujuk kepada mana-mana blog atau laman sesawang. Saya pun tidak mahu mengulas panjang kerana OpED sudah mengulasnya dengan panjang lebar. Biarpun ulasannya bersahaja, namun sudah cukup untuk merincikan berita The Edge yang saya salin dan tampalkan di bawah ini.


Berbalik kepada berita tadi, Diplomat Jepun Masahiko Horie menyatakan dua "amaran" tersebut ketika bercakap dengan pemberita, wartawan di Pulau Pinang, iaitu jangan naikkan harga minyak & sediakan sumber tenaga manusia yang mencukupi dan murah. Jadi timbul pula persoalan di dalam kepala saya, selain desakan rakyat, adakah "amaran" tersebut menjadi punca utama kerajaan menangguhkan kenaikan harga minyak/pelaksanaan pemberian subsidi terpilih seperti yang dicanang-canangkan sebelum ini?

Untuk rekod, Jepun ialah penyumbang terbesar FDI Malaysia sepanjang 5 tahun lepas (sila rujuk berita di bawah untuk perincian). Jadi, "sendiri mahu ingatlah".

Seperkara lagi desakan Jepun agar Malaysia menyediakan sumber tenaga manusia yang mencukupi dan murah bakal menyaksikan kebanjiran pendatang asing ke negara ini akan berlanjutan dan tanpa berpenghujung. Tenaga kerja dari Bangladesh, Indonesia, Vietnam, dan sebagainya sanggup menerima upah yang jauh lebih rendah berbanding dengan tenaga kerja tempatan. Jika Malaysia gagal berbuat demikian, maka tidak mustahil pelabur Jepun akan beralih ke Indonesia dan negara Asia yang lain untuk mengurangkan kos pengeluaran dan kos-kos lain.

Saya petik dari OpED:


AMARAN No.1: Tak cukup pekerja kilang.

Beliau tanpa segan silu kata: Syarikat Jepun nak pakai pekerja asing, sebab orang Malaysia tak suka kerja kilang.

Saya rasa salah tu kalau kata orang Malaysia (atau Singapore pun) tak suka kerja kilang. Orang biasa macam kita, kerja mana pun tak kisah, jika gajinya lumayan.

Kalau kerja di sektor pembinaan tu bayar RM10,000, saya pun hendak, walau kerja panas terik (Tak kena matahari pun, kulit aku dah hitam).

Tapi kalau setakat gaji RM1,000-RM2,000, baik aku jadi wartawan - sama gaji dan duduk dalam bilik aircon. Atau baik aku jadi security guard, kerja rilek, gaji sama.

Jika gaji di sektor perkilangan hanya setakat RM1,000-RM2,000, susah nak dapatkan mamat atau minah kilang kena kerja 3 shift, duduk pasang barang yang sama setiap hari. Ramai lebih suka jadi receptionist atau kerani di office.

Sebenarnya, diplomat ini membandingkan Malaysia dengan pesaing FDI hebat Malaysia di Asean = iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam. Dan juga mungkin Cambodia dan Filipina. Kalau dimasukkan China dan India, lagi menakutkan, sebab gaji mereka semuanya rendah. Dengan RM300-RM600 boleh dapat mamat dan minah kilang beribu-ribu.

Di Singapore, jika tak silap, gaji pekerja kilang kalau tak lebih dari S$1,500 (RM3,500), tak ada orang datang. Itupun banyak kilang di sini, sebab ramai pekerja Johor, dan pekerja Singapore yang tak berpelajaran (guna bahasa kurang ajar = budak Melayu yang kecik-kecik tak mahu belajar, sekarang buat susah diri sendiri).

Tetapi kilang sanggup bayar sebab mudah dia nak eksport produknya - kerana airport dan pelabuhan Temasek adalah No.1 di Asean. Bukan sebab besar dan megah, tetapi CONNECTIVITYnya baik. Nak eksport direct ke mana saja, boleh.

Jadi warning ambassador itu untuk Malaysia sebenarnya ialah - kalau kamu tak mahu kalah FDI kepada Indonesia dan Vietnam, China dan India, kena terima gaji kilang yang rendah.
Kena pakai terus pekerja Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan sebagainya.

Macam mana nak galakkan pekerja Malaysia terima gaji RM300-600 ni? Kalau campur overtime pun, tak lebih banyak dari RM1,000 mungkin. Baik aku kerja jadi salesgirl dan waiter kat mall.

Nak marah beliau kerana campur ehwal politik-ekonomi Malaysia, tak boleh. Sebab dia hanya menyampaikan luahan hati pekilang Jepun.

Dan FDI dari Jepun adalah No.1 untuk Malaysia selama lima tahun yang lalu ini!


AMARAN No.2: Jangan naikkan harga minyak.

Waduh, Pak.
Ini lagi masuk campur bab politik tempatan.
Tapi tak boleh marah beliau, sebab kalau harga nak transport barangan mahal, mereka akan lari ke negara lain.

Sebelum membuka kilang, mereka dah buat costing.
Bukan saja gaji pekerja, tapi berapa harga nak keluarkan setiap produk, dan dikira dalam jangka 10-20tahun. Cost to produce each.

Harga letrik di sini, nak sewa lori, nak bawa masuk barangan yang akan disiapkan (seperti kena beli besi keluli, kaca/silica sand, misalnya, kalau nak buat TV) Nak buat satu televisyen, atau fridge kat Malaysia ni berapa, jika dibandingkan dipasang di Pulau Jawa atau di Hanoi. Atau di Gurgaon (kawasan industri di luar New Delhi di India) atau di Guangdong. Ini termasuk berapa jauh kilang itu dari pelabuhan yang boleh dihantar product itu terus kepada customer.

Berkaitan:
Japan envoy cautions Malaysia over manpower shortage, impact on FDI

[TE] GEORGE TOWN: Malaysia could lose out in foreign direct investments from Japan if the manpower shortage faced by the manufacturing sector prolongs and coupled with the threat of removal of fuel subsidy by the government, Malaysia may not be on the radar for new investments for Japanese companies.

Japanese ambassador Masahiko Horie said on Wednesday, March 17 these two elements would weigh heavily on FDIs and Malaysia may lose its advantage to other countries.

Speaking to journalists during his visit to Penang here, Horie said these were among the main grouses raised by Japanese companies located here. Also present were consul general Tetsuro Kai and deputy consul general Hiroko Matsuo.

Japan was the highest contributor in terms of FDIs in Malaysia over the past five years, topping the list in 2006 (RM4.412 billion), 2007 (RM6.523 billion) and 2009 (RM7.041 billion). For 2005 and 2008, Japan contributed RM3.67 billion (second on the list) and RM5.60 billion
(third), respectively.

Horie said Japanese companies, especially those in the electronics and electrical (E&E) sector were having a hard time employing production operators who were crucial to their operations.

"Since the Malaysian government has disallowed the intake of foreign workers, many Japanese companies are finding it difficult to employ production operators.

"This scenario is not only prevalent in Penang, but also nationwide, and not only limited to Japanese companies," Horie said.

Citing the example of Sony Malaysia in Shah Alam, which had advertised to employ between 1,000 and 2,000 production operators in September last year, Horie said after one day, only 36 locals responded to the advertisements.

"After some assistance from the government, they managed to bring in some foreign workers. One of the companies in Penang wanted to hire 100 workers, they only managed to employ 30.

"This is the same predicament faced by the manufacturing sector all over Malaysia," he added.

Horie said it was understandable that the Malaysian government was keen to move up the value chain in the manufacturing sector, but some processes were not meant to be high-tech and would require labour.

"We have met the ministers of human resources, international trade and industry and the deputy prime minister and explained why the E&E sector needs these operators.

"We are very supportive and we understand the Malaysian government's aspiration to move upwards into a high TECHNOLOGY [] and knowledge-based economy but no where in the world can the processes for E&E appliances and products, automobile and audio industries be
automated.

"These processes will always be manually operated as it requires patience as the work is mostly repetitive and relatively low-wage income.

"However, these processes are indispensable and without this part of manufacturing, no company can achieve production of first-class high precision products," he added.

On the impending removal of fuel subsidy, Horie said many of the Japanese companies had moved to Malaysia due to the low and attractive prices which enabled them to carry out their operations competitively.

"Now, with this increase looming, many are worried if they would lose their competitiveness to operate in Malaysia," he said. Other grouses raised by Japanese companies in Penang, especially in the manufacturing sector, include the erratic power supply.

Horie said a manufacturer had lamented the frequency of such incidences which, even if it lasted for one or two seconds, would result in huge losses due to the operations being disrupted by at
least an hour.

He said due to these circumstances, existing manufacturers were also mulling over a relocation to elsewhere. Currently, there are 120 Japanese companies in Penang, out of the 1,200 nationwide and there were 1,600 Japanese residing in Penang.

There were also 500 Japanese living in Penang under the Malaysia My Second Home (MM2H) programme. - Regina William

  1. selepas lebih 50tahun malaysia merdeka .. sering disepak terajang oleh negara2 luar,termasuklah negara2 yg dulunya kita pandang hina...

    Rakyat malaysia pun sering menjadi mangsa penindasan oleh rakyat negara2 lain..bukan shj di luar negara, di dlm negara sendiri pun kita ditindas oleh pendatang asing...

    Kasihan.....

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mac 18, 2010 1:52:00 PTG      
  2. BAGERO!, tak guna punya Jepun nak perah keringat orang macam dia orang buat masa Perang Duani II dulu. Kerah orang melayu jadi buruh paksa bina landasan keretapi.

    Dan Bagero, punya UMNO, ikut je nafsu, bukan nak jaga kepentingan rakyat... balik-balik jaga kepentingan orang asing. Bina prasarana untuk pelabur asing, bina tempat-tempat cantik untuk pelancong asing, pemudahkan visa untuk pendatang asing.

    Dalam benak hati pemimpin UMNO, mana ada fikir tentang rakyat, makan kah rakyat ku? ada kerja kah mereka? ada ubatkah jika mereka sakit? mereka rasa selamatkah berada di sini? Ada UMNO fikir.... tak ada.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mac 18, 2010 2:39:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH